Tuesday, November 20, 2012

KERANA SAYANG.

HATI
susah nak dijaga kan
betol cara jaganya, bahagialah hati
salah caranya, terluka lah hati
saya seudaya upaya saya
cuba untuk jaga hati awak
dan hati saya
juga hati orang sekeliling
supaya tak ada yang terluka
tak ada yang tersakiti

TAPI

siapa kita nak menolak takdir
hari ini
hati ini
ditakdirkan untuk bersedih
terluka dengan masa silam awak
jeles dengan keakraban awak

SAYA

bukan saya tak percayakan awak
bukan saya tak sayangkan awak

TAPI

hati saya terlalu rapuh
saya tidak kuat untuk semua ini
melihatkan awak berbicara tentang wanita lain
membuatkan sakit yang teramat di dada

SEOLAH OLAH

hati ini telah dihiris dengan pisau yang tajam
melihatkan awak memanggil wanita lain sayang
membuatkan hati ini sebak

SEOLAH OLAH

hati ini ditusuk tusuk dengan sembilu

SAYA SAYANG AWAK

tapi saya tak kuat untuk menahan rasa ini
awak cemburu apabila saya mengatakan
saya menghadiahkan sesuatu kepada seorang lelaki
walhalnya. lelaki itu adalah awak.
awak tak tahu itu

SAYA SAYANG AWAK

tapi saya tak kuat untuk menidakkan rasa ini
disaat saya begitu teruja untuk menghargai awak
awak khabarkan berita yang saya xsangka
wanita lain menghadiahkan awak sesuatu.

LALU

apakah yang patut saya rasa sekarang?
  • biarkan saja. seolah olah tak de apa apa yang berlaku
  • simpan di dalam hati. nanti ia akan terpadam sendiri.
  • berfikiran positif. ianya hanyalah pemberian daripada seorang kawan

SEDANGKAN

pemberian wanita itu. adalah sesuatu yang awak suka
yang akan membuatkan awak selalu mengingati dia
di setiap detik waktu

WAJARKAH

saya cemburu

ATAU 

membiarkan sahaja rasa ini
menghiris hiris hati ini
memaksa maksa air mata menuruni pipi

KERANA SAYANGKAN AWAK

saya tak nak awak rase bersalah
saya tak nak awak tahu saya sedih
saya tak nak awak tahu saya terluka

KERANA SAYANGKAN AWAK

saya simpan rasa ini dalam hati
di lubuk yang paling dalam
agar ia tidak terkesan di wajah dan suara
supaya awak akan terus bahagia.

*withloveNAMjustforHS*