Saturday, December 17, 2011

kEdAtAngAn InsAn-InsAn bArU...


lama yang teramatlah sangat cik buxiey x mengetuk-ngetuk huruf kat keyboard niyh... kerana apa??? kerana kemalasan dan ketiadaan mood yang teramatlah sangat... dan pada pagi yang sunyi ini, tetibe buxiey seperti rajin pulak kan, nak meng'exercise'kan jari jemari buxiey niyh...

jadi... sekarang ini... buxiey nak kasi anda semua cuci-cuci mata lah sikit... buxiey dapat semakin ramai kenalan a.k.a kawan sekarang ni... dan mereka-mereka adalah kengkawan kelas buxiey... mereka-mereka ini sangatlah best... walaupun masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing, buxiey rasa seronok yang teramat bersama mereka... untuk pengetahuan kalian, dalam kelas buxiey ade artis tauk... jom buxiey perkenalkan mereka-mereka yang bernama artis ni...


yang sebelah kiri kalian ni 2 in 1 : sekali tengok macam shah jaszle, dua kali pandang dah jadi macam anuar zain pulak~

yang ni pulak hero pujaan ramai : seith tan @ aaron aziz...

dan... dia yang berbaju kotak-kotak tu pulak artis dua negara, d malaysia dia adalah zizan nin, manakala d philippines, dia adalah jericho rosales.


dan seterusnya.... adalah insan-insan bukan artis, tapi insan-insan yang mewarnai kehidupan buxiey di hari-hari yang telah dan bakal dilalui... 




































dan kepada sesiapa yang wajah-wajah comel + hensem + cute mereka xde dalam entry ni, mintak maaf sangat-sangat lah yer, sebab bukan buxiey xnak letak, cume korang xnak bgambar ngan buxiey, jadi cane buxiey nak letak... nanti laen masa buxiey letak okeh~ =)


setakat ini lah dahulu yer, buxiey punye mata sudah penat... mauk tidor sudah~ nyte dan salam sume... =)

Saturday, November 12, 2011

PROJEK TERBENGKALAI

mintak maaf lah sume-sume yer... kerana sesungguhnya cik buxiey x dapat nak meneruskan cerita bintang di hatiku... banyak sebab musababnya, ade sesuatu yang sedang menganggu fikiran cik buxiey menyebabkan idea-idea cik buxiey lari bertempiaran entah kemane... kalau diberi kesempatan, insyaAllah akan di continuekan cerita tu, tapi bukanlah dalam waktu yang hampir-hampir ni... segala kesulitan dan kepayahan amat dikesali~ 

Saturday, August 20, 2011

hArI rAbu~

Ape yang ada pada hari rabu??? sepanjang kerja kat Pusat Kek Aliya ni, banyak benda baru yang buxiey alami... terutama pada hari rabu... contohnya, rabu dua minggu lepas, bersamaan minggu pertama puasa... buxiey bersama kawan tempat kerja pergi bazar ramadhan kat dataran shahbandar... plan kitorang, nak buka puasa kat atas karpet hijau a.k.a rumput la kan... masa tu 1st tyme buxiey buka puasa kat luar tanpa family... tapi bile dapat berbuka ramai-ramai macam tu, rasa terubat la jugak sedikit perasaan sedih di hati ni... nak dijadikan cerita, lepas makanan semua dah selamat masuk ke perut kitorang, kitorang pon perlahan-lahan la bergerak balik ke kedai... kul 8 nak kena buka kedai balik, terpaksa la tergesa-gesa... tengah-tengah berjalan sambil bergelak ketawa tu, tiba- tiba buxiey terpandang 2 orang lelaki yang berwarganegara bangladesh tengah jalan sebelah kitorang... buxiey tak de la pulak nak syak ape-ape kan... tapi ade la jugak sedikit rasa lain macam kat hati ni... buxiey pon berlagak selamba je la... jalan, ketawa, jalan lagi dan ketawa lagi... sampai la kat kawasan sebuah masjid, kawan buxiey ni berbisik kat tlinge buxiey...


 "zie, cube tgk blakang, dua org bangla tu ikut kite la..." 


otometik la kpala ni bpaling, dan mmg mamat2 bangla tu berada kat blakang kitorg... dah rasa dah takut, tapi buat cool lagi ni... buxiey ngan kawan buxiey terus mlangkah dengan langkah yg paling laju dan panjang... ehhh??? dorang still ade kat blakang... tyme tu mmg da x dpt nak pkir ape dah... takut punye pasal... kalau buka kdai, nnti kan x pasal2 lak kena serang dalam kedai... last2, kitorg buat kputusan pegi pusing-pusing dulu... pegi mcD, pegi situ, pegi sini... ehh??? mamat bangla tu ade lagi upenya... akhirnya kitorg pegi ckp kat sorg abg yg jaga kaunter tiket, dan dye teman buka kedai... fuhhh... selamat jap ase... tapi ketenangan tu x lama pon... tibe-tibe ada sorang bangla masuk kedai, beli air... pastu dye cakap nak tumpang duduk lam kedai... kitorang ckp la x boleh, and den dye bgtao la... kawan dye yg lagi 2 dah kna tgkap sama itu abg polis... masa tu punye la kitorg takut, sampai buxiey menangis... kawan buxiey lak sampai terduduk atas lantai sambil menangis... bila pikir balik, cam malu la pulak dua org berpeluk2 sambil nangis... huhuhu... 


lpas tu, abg polis dtg kedai ambil mamat bangla tadi... dan rupa-rupanya sume tu hanyalah salah paham... kbetulan arah tuju mamat bangla tu sama ngn arah tuju kami... nasib kamu la yer mamat bangla kena tahan ngn abg2 polis tu... dan yg paling penting... ade sorang abg polis yg cukup hensem... hohoho... tengah menangis pon sempat jugak buxiey jeling-jeling abg polis tu... ni alkisah rabu minggu pertama puasa... nak tau ape terjadi rabu minggu ketiga puasa??? tggu next entry la yer... adios... =)

Sunday, July 24, 2011

BINTANG DIHATIKU (BAB 2)


BAB 2

Pagi itu, aku bersiap seperti biasa. Kelas pertama aku pada hari ini akan bermula pada jam 9.00 pagi. Sekarang jam menunjukkan angka 6.30 pagi. Masih awal lagi, aku sudah berkira-kira mahu bersarapan terlebih dahulu bersama Sya, Nor, Syida, Su dan Lena. Kami sudah berjanji akan bertemu di Kafe Abah lagi setengah jam.

“Eh, kenapa senyap je aku rasa rumah ni… kalau tak, pagi-pagi macam ni, mesti bising dengan suara si Sya yang tak pernah berhenti ‘berpot pet’ tu… lain macam aje ni…” aku mula merasai kelainan pada pagi ini. Langkah ku atur ke bilik Sya. Nor pula baru sahaja keluar dari bilik air.

“Nor, mane Sya? Senyap aje dia pagi ni?” aku mula menyuarakan persoalanku kepada Nor.

 “Entahlah Ziqa, tak bangun lagi kot? Sebelum aku mandi tadi, aku dah kejutkan dia dulu dah… pergi la tengok dalam bilik dia tu.”

“Ya Allah, makcik ni sorang, duk berbungkus lagi rupanya… patutlah tak dengar suara dia membebel macam mak nenek… Sya, bangunlah… dah lewat dah ni…” tubuh Sya digoncang aku.

 “Ala, jap lagi kawe bangunlah, mata kawe ni sero toksei buko lagi… 5 minit lagi deh… kekgi kawe bangun” Sya mula memberi alasan.

 “Jangan nak mengada-ngada ea, bangunlah makcik oii… dah lambat ni…” sambil itu, aku mula menggeletek tubuh Sya. Itulah kelemahan Sya yang sememangnya diketahui oleh kami.

 “Oii, geli la… iyo… iyo… kawe bangun doh ni ha… dokleh tengok oghe senang langsung la dio nih. Geghe sunggoh la aku gak.”

 “Tengok, bukak je mata, terus jadi murai tercabut ekor. Sudah, pergi mandi la.” Aku mengambil tualanya dan menolak Sya ke arah pintu.

 “Jangan duk tidur lak dalam bilik air tu Sya” aku sempat mengingatkannya. Kami pernah mengalami detik-detik cemas dimana Sya aku sangkakan pengsan di dalam bilik air. Aku dan Nor puas memanggil namanya, tetapi tiada sahutan. Kesudahannya pintu bilik air terpaksa aku dan Nor pecahkan. Berbekalkan ilmu taekwondo yang aku tuntut, pintu bilik air diterajang sekuat hati. Betapa terkejutnya kami setelah pintu bilik air terbuka. Sya dengan lenanya terlelap sambil dagunya disangkutkan di singki. Tergelak kami berenam apabila cerita ini disampaikan kepada Syida, Su, Lena dan juga Haziq.

Kami terlewat beberapa minit tiba di Kafe Abah. Ketika kami sampai, Syida, Su dan Lena telah bersedia menunggu kami. Riuh rendah suara kami setiap kali berjumpa. Masing-masing beratur bagi mendapatkan makanan untuk mengalas perut. Menu sarapan aku, seperti biasa ialah nasi lemak dan milo panas. Sambil menjamu selera, kami rancak bercerita.

“Ziqa, ko ngan Haziq apa cerita sekarang? Dia tak contact ko lagi ke?” Lena memulakan bicara.

 “Hurm, entahlah lena…. Aku….” Belum sempat aku menyambung kata, pantas Sya memotong percakapan aku.

 “Takdo lah tu, sebab tu muko seposen jah yang dia tunjuk kat kito tuh.”

 “Dah la Ziqa, buang masa je ko duk teringat-ingat, ternanti-nanti dia. Dia entah ingat entah tidak kat ko.”

Giliran Su pula mengeluarkan pendapat. Syida dan Nor pula hanya sekadar mengangguk tanpa memandang sedikit pun kea rah aku. Pada waktu makan macam ni, Syida dan Nor akan menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada makanan. Kata mereka tak elok bising-bising depan rezeki.

Tiba-tiba, perhatian aku teralih ke satu arah. Mata aku seperti tertarik untuk memandang sepasang pelajar. Mereka kelihatan begitu akrab sekali walaupun keadaan mereka membelakangkan aku. Aku berterusan memerhatikan jejaka itu. Tidak ku duga, jejaka itu turut berpaling, seolah-olah mengetahui ada mata yang sedang merenungya. Tatkala mata bertemu mata, jantungku terasa seperti mahu pecah, jejaka itu adalah orang yang sama yang selalu mendatangkan kerinduan di hati aku.

“Haziq….” Tanpa aku sedar, namanya aku seru perlahan. Syida yang berada di hadapan aku tanpa aku sedar terdengar suaraku, dan turut sama memandang ke arah tuju mata aku. Riak mukanya mula berubah.

 “Jantan tak guna… tau lah nasib ko nanti…” Aku menyedari apa yang Syida akan lakukan, segera memegang tangannya, menahan dia daripada meneruskan niat di hatinya.

 “Lepaskan aku Ziqa, biar aku yang pergi bersemuka dengan dia.” Syida berkata-kata dalam amarahnya.

 “Tak payah la Syida, tak perlu… biarkan dia…” Aku memujuk Syida yang sedang berada di tahap kemuncak kemarahannya.

Haziq dan pasangannya berjalan ke arah kami dengan dua gelas air di tangan Haziq. Mereka mengambil tempat selang dua buah meja daripada kami. Muka perempuan itu dapat aku lihat dengan jelas sekali. Mastura binti Mazlan! Pelajar jurusan perakaunan. Setiap butir bicaranya dapat aku dengar dengan jelas. Tanpa segan silu, Mastura memegang tangan Haziq, gelak tawanya yang manja menampar-nampar telinga aku.

“Cantikkan dia…” Aku memecahkan kebisuan kami.

 “Sapo dio? Si Mastura tu ko? Aish, gelilah kawe tengok dio, mace takdok tulang belakang, lentok kiri, lentok kanan. Tambah-tambah lagi dengan baju mace sarung nangka tu. Tapi ado so bendo lah kawe duk kesian kat dio tu, agok-agoknya kan, mesti rumoh dio tu, air berkarat kan, sampai mace tu sekali kena kat rambut dio tu. Kesian betul…” sepatah aku bertanya, berpuluh-puluh patah Sya memberikan komennya. Serentak perkataan terakhir keluar dari bibir Sya, kami berenam ketawa tak ingat dunia.

Dalam masa yang sama, aku dapat melihat mata Haziq mencuri pandang ke arah kami. Sesaat. Dua saat. Tiga saat… kami bertentangan mata. Aku melarikan pandangan. Dapat aku rasakan, jika bacaan degupan jantung aku di baca, tentu ia akan naik secara mendadak. Sakit, rindu, sebak, semuanya berkumpul menjadi satu di hati aku.
 

Saturday, July 23, 2011

BINTANG DIHATIKU (BAB 1)


BINTANG
 DI HATIKU





BAB 1

Bintang dilangit dipandang sepi. Sesepi hati seorang gadis yang tidak pernah jemu memandang kerlipan cahaya tersebut. Kenangan lama pantas menerjah fikiran.

Lagu Baby nyanyian Justin Bieber daripada telefon bimbit Haziqah kedengaran nyaring meminta pemiliknya segera menjawab panggilan itu.

“ hai baby, assalamualaikum… buat apa tu?” Suara garau seorang lelaki kedengaran dari corong telefon sebaik sahaja panggilan disambungkan. Aku mula tersenyum bahagia.

 “hai, waalaikumussalam.. tengah tengok-tengok bintang je ni ha… cantik…” senyuman masih lagi tidak lekang di bibir aku. Gembira dapat mendengar suara yang dirindui.

 “tengok bintang? Ziq pulak tengah tengok bulan ni ha… tiba-tiba rasa macam rindu sangat kat baby… cantik sangat bulan malam ni kan… penuh dan berseri-seri… secantik buah hati Ziq yang sorang ni ha… berseri-seri sentiasa…” kata-kata yang dibisik Haziq dengan penuh syahdu untuk aku. Bertambah berbunga-bunga hati aku. Alangkah indahnya saat-saat ini.

Haziq, lelaki pertama yang mengajar aku erti sebuah cinta, kasih, sayang dan juga kerinduan. Dia merupakan rakan sekuliah sahabat baik aku, Azlena dan juga Suhani. Kami bersama-sama menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi tempatan. Berbezanya kami hanyalah jurusan yang diambil. Azlena, Suhani dan Haziq mengambil jurusan Sains Pertanian, manakala aku, dan Tengku Syahida mengambil jurusan Seni Kulinari.

“Baby…” suara garau itu mematikan lamunan aku.

 “Hello baby? Dah tidur ke? Tak lain tak bukan mesti berangan ni kan? Suka betul baby berangan ea?” Haziq galak mengenakan aku.

 “Tak ada lah… bukan berangan… Cuma….”

 “Cuma ape baby? “

 “Cuma… Ziqa rasa macam rindu sangat kat Ziq” aku meluahkan perasaan rindu yang bersarang di hati.

Sudah seminggu aku tidak bersua muka dengan Haziq, gara-gara kursus luar kampus yang dihadirinya. 

 “Ala baby ni, janganlah macam ni… esok kan Ziq da balik kolej, dapatlah kita jumpa macam biasa… sabar ea baby…”

 “Hurm, besok pukul berapa Ziq sampai?”

 “Ziq tak pasti lagi lah baby, kursus Ziq akan tamat pukul 12, nanti kalau Ziq dah sampai kolej, Ziq call baby, kita jumpa k…” Haziq tidak jemu-jemu memujuk aku.

 “Baiklah, Ziq janji tau, sampai je terus call Ziqa tau... Dah rindu sangat-sangat dah ni… Tau sayang tau… “ sengaja aku berkata-kata dengan manja, supaya dia tahu aku sangat merindui dia.

 “Ye baby, Ziq janji… Dah, baby pergi tidur dulu ea… Dah lewat malam dah ni… Ok baby? Sayang baby…”

 “Sayang sayang jugak… Assalamualaikun sayang…”

 “Waalaikumussalam… Tidur nanti mimpi Ziq tau baby…”

 “Ziq pun jangan lupa mimpi Ziqa jugak tau…”

 “Ok baby… rindu baby sangat-sangat… tunggu Ziq balik tau…”

 “Cepat-cepat balik tau sayang” Inilah masalah kami setiap kali ‘bergayut’. Payah betul nak berhenti. Ade je sambungan cerita kami. Akhirnya Haziq mematikan talian apabila seorang daripada rakannya meminta Haziq menemaninya ke kedai.

Sentuhan dibahu mengejutkan aku dari lamunan yang panjang.

 “Ziqa, kenapa termenung kat luar sorang-sorang ni? Tak elok tau duk berembun tengah-tengah malam ni… nanti demam pulak” Noraimah menasihati aku.

 “Holah Ziqa, dok molek tao… nanti badan mung masuk angin pulak… nanti kalo mung sakit, sape hok susahnyo? Kami jugak tau…” kini giliran Nik Nursyaf pula menasihati aku. Berbanding dengan Noraimah, Nik Nursyaf lebih kuat leterannya. Kadang-kadang mengalahkan mak nenek pulak apabila dia mula bersuara. Walaupun begitu, mereka lah yang selalu berada di sisi aku tanpa mengira susah atau senang.

“kau termenungkan apa ni Ziqa?” Noraimah cuba mengorek rahsia hati aku.

 “Tak de ape lah… saje je aku tengok-tengok bintang tu… cantik…” Disebalik kepekatan malam, aku dapat melihat riak muka Noraimah dan Nik Nursyaf yang seakan tidak berpuas hati dengan jawapan aku.

 “Mung toksah duk bohong aku lah Ziqa oii… Kawe kenal sangat doh mung ni… Mung duk termenung teringatkan Haziq kei? Kawe pahe benar doh mung ni… Doh la wei, sudoh-sudoh la ingat kat dia tu, wat bazir maso mu jah. Rugi…” Nik Nursyaf selaku penceramah bebas yang menggunakan dialek negeri kelahirannya.

 “Mane ade la… pandai-pandai aje ko ni kan Sya… Dah la, aku lapar la… Nak pegi buat megi, ade sape-sape yang nak? Kali ni, Chef Haziqah bermurah hati nak masak” aku menawarkan khidmat memasak megi kepada mereka.

 “Aku nak megi tomyam tau Ziqa, macam bese…” Noraimah mula memberi ordernya.

 “Holah, hok tu jah mung pandai watnyo… megi,megi, megi… Bose sungguh kawe… ngaji bab makane tinggi-tinggi, tapi hari-hari duk make megi jah… bazir lok mung ni Ziqa…” Nik Nursyaf masih lagi belum berhenti membebel.

 “oii makcik, jangan duk kecek banyak sangatlah, nak ke tak ni? Tak nak sudah… aku buat untuk Nor aje… Bukannya aku tak pandai nak masak makanan lain, tapi malaslah makcik.” aku membalas kata-kata Nik Nursyaf.

 “eh, kawe dok oyak pon kawe tok sei… nok la… megi tom yam jugok deh… nak pedas-pedas gitu deh…”

 “amboi-amboi… sedapnye order… satu mangkuk aku kira murah je, harga membe, 5 ringgit je la yer…” aku mula mengenakan mereka.

 “oloh mung ni Ziqa, dok ikhlas langsung. Tu pon nok berkira ke?”

 “a’ah, tak sudah-sudah dengan 5 ringgit dia tu kan Sya.” Noraimah membela Nik Nursyaf.

 “sayang-sayang ku sekalian, nothings free in the world lah… tau… duit tetap duit… aku masak megi pon perlukan tenaga tau…” sebelum kata-kataku sempat dibalas oleh Nik Nursyaf dan Noraimah, aku bergegas meninggalkan mereka masuk ke ruang dapur. Entah apa yang mereka bebelkan aku tidak pula pasti. Aku melangkah masuk dengan senyuman. Terhibur dengan tingkah laku mereka.




 >>> sila komen untuk menjadikannya lebih menarik... kalau ada sebarang cadangan, pun boleh gitao yer~

Wednesday, May 4, 2011

tEpEsOnA... tErpEgUn... tErUjA... tErsUkE... tErbAnggA...

Semalam lepas balik daripada pejabat (sejak cuti niyh, kojo den adalah ekot abang den n akak ipau pogi kojo kat pejabat bapak sedaro den...) sekitar 6 petang macam tuh... duduk la rilek2 mnonton tb... tetibe..... degang!!!  gelap gelita umah buxiey... upenya... blackout... aiyaaa... ape lagi... main lilin r... tggu punye tunggu punye tunggu... pukul 1 pagi baru ade letrik balik... aishhh... kepanasan la dalam waktu tuh... jadi nak elakkan rase bosan, buxiey ajak la ibu kuar... ber'driver'kan abang buxiey, kami kuar le... ibu, abang, akak ipar, anak buah, wan n buxiey kuar le pusing2 ganu... (sejak balik dari melaka, ni la 1st kuar pusing2 bandar)... wah... terkejut buxiey... rupe2nya... terengganu da berubah wajah gile... pasar kedai payang yg dah maju...



kampung cina... bertambah cantik...
 di malam hari

di siang hari

belakang kg cina... tertubuh la pulau warisan... wahhh... sangat2 teruja melihat keindahan... banyak seh berubah...
pulau warisan
sekali tengok, macam kapal titanic pon ade...







suke... suke...suke... dah pikir dah niyh... nak buat bbq untu kelab gemilang taekwando la kat sini... bangga saya jadi rakyat terengganu... baru bape bulan x balik ganu, dah macam2 perubahan... buxiey SAYANG terengganu~

cIk bUxIEy dEbAb kEmbALI...

 BUXIEY TELAH KEMBALI!!!!!!!!!!!! 
2 bulan x update ini blog, di sebabkab kesibukan yang melanda diri buxiey... dan akhirnya, matrix da habes... sekarang boleh la kembali seperti hidup biasa... =) 

Sunday, March 20, 2011

kErAnA AyAm mAsAk mErAh...

tersebutlah alkisah hikayat buxiey... genaplah jam 1 ptg bersamaan 20hb march 2011... tetibe perut ini terasa lapar... maka bersiap sedialah buxiey dengan rumate, linggo untuk turun ke kafe bagi mengisi perut... setelah tibe nya di kafe b kesayangan ramai dek kerana harga makanannya yang tidak menentu, dan ayam2 nya yang sangat kecik tapi mahal itu, buxiey menjadi sangat teruja... terutama apabila mata ini menemui lauk kegemaran.... iaitu AYAM MASAK MERAH... dan bersegeralah buxiey pergi mencedokkan nasi ke dalam bekas, tanpa berlengah lagi diselak2selaknya ayam masak merah, usaha demi usaha dilakukan, demi mencari seketul ayam isi yang besau... (kalo amek kecik, bazir je... harga tetap sama...) setelah menemukan ayam yang di cari, terus menuju kepada pak cik popeye kesayangan budak kmm untuk mbayar harga makanan... setelah itu, naiklah buxiey ke bilik untuk menjamu nasi putih berlaukkan ayam masak merah dan telur goreng sambil menonton cerita 'a moment to remember'... setibanya di atas, tetibe buxiey teringat sesuatu... Aigooo... fon buxiey... dmanakah anda??? kekalutan mula dirasai... tanpa melengahkan masa, buxiey turun kembali ke kafe, mencari fon yang dpinjamkan oleh nasha kepada buxiey...(fon buxiey senanya rosak, pnjam nasha punye...) cari punye cari, akhirnya buxiey diketemukan ngn fon tersebut... dmanakah fon tu dketemui??? sudah semestinya cantik terletak di depan lauk AYAM MASAK MERAH... kerana AYAM MASAK MERAH, buxiey tggalkan fon... tamatlah sudah alkisah hikayat buxiey dan ayam masak merah...

Friday, February 18, 2011

kEdAtAngAn hArI tUA...



fIrA dAh 2 dEkAd !!!
hEpI bUrfdAE fIrA !!!

Jumaat - 12.02.11 genaplah mek fira berusia 20 tahun... maknanya kat sini,,, dye dah masuk alam puluhan,,, dan dah 2 dekad la dye lahir kat muke bumi niyh... wahhh... selamat ye sayang... tapi, masa burfdae dye, kitorang x clbrate pon... just wish kat dye je, n blanje aer sirap bandung... saje buat plan mcm tuh, nk suh dye pk yang kitorg mmg x clbrate bday dye... lagipon, rumate dye da pesan, jgn sambut pada malam tuh, sebab dorang yg nak clbrate...
setelah beberapa hari berlalu... iaitu bersamaan 14.02.11... kitorang buat la plan... tyme kelas BI, buxiey skip klas jap, cakap kat sir kesayangan bahawasanya buxiey nak g toilet... den, buxiey bergegas ke kafe B dan order kek ntuk dye... nasib bek p.cik popeye ksayangan sume uh ubah fikiran, n terima tempahan kitorang... lepas tuh, buxiey msj abg guard ksayangan fira, tempah sate ntuk malam uhh... setel la sume... after maghrib, buxiey n su turun kat pondok pengawal ntuk amek sate uhhh... thanx to abg fakrul sbb tolong kitorang...
lpas tu... rancangan mula diatur... 
syida : pegi mandi, solat, lpas tu bawak sate tu pegi bilik tuto...
su : pegi berpura-pura depan mek, n bawak dye datang lpas kitorang msj...
buxiey & elena : amek kek n beli makanan ringan serta aer...
SIAP SUME PLAN!!! 
mek yang dtipu oleh su datanglah ke bilik tuto...
dan 'tercelebrate' lah befday dye dsitu...
kemudian, kedengaran lah lagu 'hepi burfdae' dsetiap plosok bilik tuto tuh...

tempah kat kafe B je...

bff

buat style lama sikit...

majlis pada malam tu diakhiri ngan maen kejar-kejar sambil 'selek', 'conteng', dan 'belajar mewarna' di muka masing-masing...
apabila sesudah balik ke bilik masing-masing... terdapatlah msj daripada cik fira @ burfdae gurl yang berbunyi...

" dear BFF, thanks for everything. dari awal kita kenal sampai sekarang saya tetap sayang kamu semua. kadang-kadang agak menyampah..haha apa-apa hal yang terjadi janganlah sampai berpecah.harap hubungan kita berkekalan sampai ajal k. love you"

'kadang-kadang agak menyampah' tu yang x tahan tu... sempat aje nak kutuk... x beragak ea kamu fira... 
saya da penat... JADI...
sekianlah sahaja yer...

jUmpEr LAgI nAntI... =)

Saturday, February 12, 2011

kAmErA stAnd by... ActIOn!!!

10/02/2011

Our latest pic... soon after setel our 'role play' for biology day...
our topic = fertilisation in plant...
buxiey = egg cell... 

Thursday, February 3, 2011

tErImA kAsIh...

5 hari cuti sempena chinese new year, buxiey balik kampung... mane lagi kalo bukan ganu... hurm... bnyak bnda yg blaku spanjang cuti ni... wan sakit... so, buxiey jaga wan je la... kasi makan ubat... tmankan masuk bilik air... pakaikan telekung nak smayang... pkaikan pampers... bnyk yg buxiey blaja balik cuti ni... kadang-kadang rase tersentuh, wan sakit-sakit, xley bangun tapi still lagi bersusah payah bngun ntuk amek wuduk dan solat... dlm kpayahan dan kesakitan, wan x lupe pon pada Allah... buxiey sndiri yg masih segar bugar ni??? kadang-kadang boleh teralpa ngan duniawi... Alhamdulillah... ade la anak menantu cucu cicit wan yang balik...along zahari n famili, k.na n famili, k.ila pon da balik... nyah n famili pom balik jugak... Alhamdulillah, abg faizal pon balik, walopun sibuk, tapi masih sempat luangkan masa balik kampung... baguslah... time kasih la bagi sape2 yang balik tu, at least walopun x dpt mnyembuhkan wan, ok la dgn dapat sdikit mengubati kerinduan d hati wan... tacinglahhhh~

Monday, January 31, 2011

mEmbE stUdy.tIdO tymE kULIAh.pOntEng ~~~





Si comel yang suapkan cik buxiey kek ni, nama dye ialah Nur Shahira a.k.a eyra kecek... Dia niyh senanya awek cik buxiey yg ntah ke no bape pon ta tao... buxiey suke usik-usik dye... setiap kali buxiey usik dye, dye akan malu-malu kucim... muke dye, otometik berubah merah... kalo ckp jiwang sket je ngn dye, kompem bulu roma dye tegak berdiri... macam ngah nyanyi lagu Negaraku... sebab tu buxiey makin suke usik dye... dye comel sgt... =)








nih die awek buxiey.. comel kan dye??? kiut miut gitu... buxiey syg dye sesangat... hari ni, boleh dkatakan antara hari bersejarah jugak r... sebab dye menunggu kehadiran buxiey ke kuliah... siap msj n kol lagi sebab nak suh buxiey dtg kuliah... rindu agaknya kot??? lpas dye nampak buxiey, terus diterkamnya buxiey... hahaha... bahgie... =)


NURSHAHIRA BT SHAHROM 
sayang
NUR AZIEMAH BINTI MAJID









yang ni plak pembuli buxiey yang paling tegar... tgk la hasil kerja dan karya kreatif cik awe niyh... muke cik buxiey yang sememangnya da comel dan bulat makin bertambah-tambah comel dan bulatnya... setiap kali masuk kuliah, cik awe akan suh kami sume bersedia... dan dye mule mnghasilkan dandanan yang kreatif pada tudung kami... 'lipat mcm ustzah, tanda kami bersedia untuk memulakan sesi pelajaran...' 





 kami sentiasa bersama ddalam kuliah



SITI HAWA BT MOHD NOH
sayang
NUR SHAHIRA BT SHAHROM
sayang
NUR AZIEMAH BINTI MAJID

kAmI bUdAk hAyAt 3 kMm 10^11

Saturday, January 29, 2011

dErmA dArAh....

semalam bersamaan 28.01.11, kolej matrikulasi melaka a.k.a kmm telah menganjurkan kempen derma darah... so, dengan bangganya lepas program mentor-mentee, saya menapak ke bilik banquet untuk menderma darah... saya menapak dengan penuh kayakinan bersama si rumate fatin hanani... sesampai disana, 2 lagi rumate yang lain iaitu si ida dan linggo sedang menanti dengan penuh sabar... isi borang... beratur... beratur... dan beratur... punye la lama kami beratur kat uncle chinese tu ntuk tggu giliran nak cek darah, tetibe... bile sampai giliran kitorang, 1 group lelaki dtg... kami semua di arahkan bagi laluan kat lelaki... ape special sgt ke lelaki niyh??? sampai kitorang yang beratur bukan maen lagi lama, tetibe dorang dtg kna bagi laluan kat dorang lak... saya peduli haper, saya pon dengan bangganya potong barisan ppuan... geram sangat kot... sabar je la buxiey weyh... dan yang hepinye pulak... kami sume empat-empat orang lulus untuk kasi darah uhhh... cik fatin, akernya bjaya ntuk menderma setelah gagal buat 2 kali berturut-turut... cik ida plak, menangis teresak-esak kerana takut akan jarum, dan katanya sakit... lagi sorang, cik linggo dengan lahapnya mengkedarah roti setelah selesai menderma... saya??? orang yang teraker cyap... semasa sedang menderma... tetibe, kenangan lalu datang menerjah lagi... teringat kenangan dimane kami sama-sama menderma darah... sama-sama pakai baju hijau plak uh... erm... saya pon x sangka jumpe dye masa tuh, saya dan ncik bintang x janji pon untuk menderma... tapi, maybe Allah nak uji sejauh mane kekuatan dan kesabaran saya... kami ditemukan di bilik derma darah... dapat plak seat bhadapan... dari jauh, saya hanya memerhatikan dia... =)... agak rindu di situ... tapi.... tu sume da jadi kenangan skunk... antara kenangan yang susah ntuk dilupakan... sampai sekarang, saya masih terbayang-bayang kenangan pada masa tuh... dye tersandar dhapan saya sambil menderma... mungkin setiap kali saya derma darah, saya akan ingat kenangan niyh kot???... hurm...

kEhILAngAn...



kehilangan menjadikan saya kuat... terima kasih sebab buat saya rasa perasaan 'itu'... walaupun sekarang awk bukan bersama saya, saya tetap sayangkan awak... saya xsalahkan awk sbb tinggalkan saya... mungkin saya bukan yang terbaik ntuk awk... dan mungkin awk bukan yg terbaik ntuk saya... semoga kita same2 dapat yang terbaik nanti... kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya... Ya Allah, kau berikanlah yang terbaik untuk kami semua... Usah bebankan kami dengan bebanan yang berat... Limpahkanlah rahmat Mu kepada kami... Hanya Kau tuhan yang kami sembah... Engkaulah yang Maha Besar... Engkau tahu ape yang tersirat disebalik semua kejadian yang engkau jadikan... Lindungilah aku dan orang2 yang aku sayang... Hanya pada-Mu aku meminta Ya Allah ~ Amin...

Monday, January 3, 2011

prAktIkUm tErbAIk...

 siapa sangka... kelas kami, H3P4 telah mendapat anugerah praktikum terbaik bagi subjek bahasa inggeris bagi PSPM semester 1... wahhh... bangga kot... ni sume berkat useha mr yeo yg x jemu ajar kitorang... he is a great teacher... walopun sy slalu ponteng kelas, dye xpernah marah saya... saya pernah kasi surat kat sir, luahkan isi hati sy... dan... dye seorg yg sgt caring... sbelum exam muet hari tu, ptg2 dye wat spcial 'meeting' ngn sy... dye bgi nasihat n tips2 yg sgt berguna... tyme dapat result PSPM pon, dye tnya pasal result sy, n bagi nasihat suh blajar rajin2, n tnya ape kos yg sy nak mintak... bile dye tao saya minat multimedia, dye suh sy go on ngn multimedia... dye sgt bjiwa 'papa'... thanx sir... i love u so much...
                                                      tanda ingatan untuk mr yeo...