Thursday, December 20, 2012

DUA HATI MENJADI SATU

'aku terima nikahnya FATIMAH AZZAHRA bt MAT RAOS dengan mas kahwinnya bla bla bla'.






akhirnya. selepas hampir 3 tahun berkawan, 3 tahun bertunang, FATIMAH AZZAHRA dah selamat menjadi yang sah kepada ISMAIL SYAFIQ. perkenalan yang tidak disangka membawa ke jinjang pelamin. 14/12/12, AZ dan MAEL sah menjadi suami isteri. buxiey bukan maen lagi dup dap dup dap. apatah lagi si raja sehari kan. agaknya mesti dah nak tercabut jantung tu. majlis yang simple. tapi sangat sweet. tema majlis dorang green + brown. pelamin ni hah, kakak kepada si pengantin perempuan yang buat sendiri. cantikkan?













:::: teringat cerita lalu ::::
perkenalan yang bermula dengan 'pandang pandang suka suka minat minat' akhirnya membuahkan hasil yang sangat manis. dorang ni start berkawan n berkasih sayang sejak 2007 lagi. masa tu, kitorang form4. dan mael plak senior kitorang, form5. kire macam dalam cerita sembilu la ni. bercinta sejak sekolah. akhirnya ke jinjang pelamin.

SMKA SHEIKH ABDUL MALEK, K. TERENGGANU. tempat bermulanya detik detik manis dorang. macam macam dugaan dan cabaran dalam berkasih yang dorang tempuhi. macam biase la kan. gaduh. cemburu. merajuk. tapi akhirnya. KAHWIN jugak. heee. tahniah AZ.

buxiey doakan AZ dan MAEL akan bahagia sampai ke syurga. di kurniakan kehidupan yang bahagia. yang senang. zuriat yang soleh dan solehah. dan rezeki yang halal. semoga kebahagiaan untuk kalian berdua kekal selamanya. selamat pengantin baru sayang. selamat menjadi isteri yang taat. dan ibu yang mithali. dan juga. selamat membina keluarga bahagia yang diredhai. tahniah sayang. :)




SELAMAT PENGANTIN BARU

FATIMAH AZZAHRA
&
ISMAIL SYAFIQ
14/12/12
@
1/2/34H


No comments:

Post a Comment