Friday, December 21, 2012

via TINGKAP KELAS

ahah. hari ini dalam sejarah. ketika umur buxiey lagi 2 bulan nak menginjak ke angka 22 tahun, buxiey alami satu lagi pengalaman baru. buxiey x pernah terpikir akan dapat rasai pengalaman ni. korang nak tau x apa pengalaman buxiey ni? haha. buxiey yakin sangatlah, x semua orang dapat rasa ape yang buxiey rasa ni. hanya insan insan terpilih dan istimewa je yang akan rasai pengalaman ni.

19/12/12 bersamaan hari rabu. buxiey ade kelas economy. kelas buxiey tu start kul 8 pagi. as usual la kan. muka buxiey ni, muka x pernah datang awal ke kelas. nak dijadikan cerita. pagi tu. buxiey dan lagi 3 orang kawan buxiey sampai lambat ke kelas. tambah tambah sekarang ni kan musim hujan. makin la menyukarkan perjalanan ke kelas tu.

dalam duk jalan terkedek kedek nak g kelas ni. buxiey ngan kawan kawan dah risau dah. mesti lec dah masuk kelas ni hah. silap hari bulan kena denda. tapi kitorang kuatkan jugak semangat pegi kelas. sambil tu, dalam hati buxiey x berhenti henti berdoa supaya x de pape nanti.

akhirnya. sampai la ke kelas. ahah. tu diaaa. kelas dah start dah. le dah start mengajar dah. sampai depan pintu, buxiey ngan kawan kawan x terus masuk. kitorang tersengih sengih je depan pintu kelas. and nak tau x apa jadiiii? haha. part yang memang x dijangka terjadi dalam hidup.

BUXIEY dan KAWAN KAWAN x dibenarkan masuk ke kelas melalui cara biasa, iaitu pintu. jadi satu satunya cara nak masuk ke kelas adalah melalui TINGKAP! ahah. TINGKAP! nak x nak. terpaksa la jadi macam kera jap, lompat masuk kelas melalui TINGKAP. perghhh. xtahu nak sorok mana muka ni hah. dah la dalam kelas sume membe membe pakat duk tengok. tambah pulak lagi budak yang lalu lalang. memang buxiey buat show la kat situ kan.

terpaksa la buxiey buat muka tebal je. lepas sorang sorang lompat tingkap tu hah. nasib baek. ade lagi yang datang lambat. jadinya. kami berenam terpaksa la lompat tingkap tu hah. demi menuntut ilmu. adoyaiii. nasib baik je pon, kebetulan hari tu hari korporat. kitorang sume pakai seluar. kalau lah kebetulan pakai baju kurung. macam mana lah agaknya nak lompat tingkap tu kan. buat malu kaum hawa je.

kepada lecturer pon. agak agak la nak kenakan denda. janganlah sampai buat students malu. ingat x malu ke. perempuan panjat tingkap. terkangkang sana sini. lepas tu budak lelaki tengok. jatuh saham perempuan kitorang kot. 

apa pon. thanx jugak lah kepada cik lecturer sebab bagi buxiey rasa pengalaman ni. nanti boleh la nak cite kat anak anak. yang ibu dye ni dulu nakal. sampaikan kena panjat tingkap nak masuk kelas. ape pon x boleh. heee. :)


#gambar hiasan. bukan nak tunjuk orang dalam gambar. tapi nak tunjuk tingkap kat belakang. hah. tingkap tu lah yang kitorang terpaksa lompat tu. nasib baek tingkap tu besar. muat jugak buxiey yang debab ni nak lalu. hehe. #


*JANNAH. SABARIAH. KINAH. SYIDA. SHAH*

No comments:

Post a Comment