Sunday, July 24, 2011

BINTANG DIHATIKU (BAB 2)


BAB 2

Pagi itu, aku bersiap seperti biasa. Kelas pertama aku pada hari ini akan bermula pada jam 9.00 pagi. Sekarang jam menunjukkan angka 6.30 pagi. Masih awal lagi, aku sudah berkira-kira mahu bersarapan terlebih dahulu bersama Sya, Nor, Syida, Su dan Lena. Kami sudah berjanji akan bertemu di Kafe Abah lagi setengah jam.

“Eh, kenapa senyap je aku rasa rumah ni… kalau tak, pagi-pagi macam ni, mesti bising dengan suara si Sya yang tak pernah berhenti ‘berpot pet’ tu… lain macam aje ni…” aku mula merasai kelainan pada pagi ini. Langkah ku atur ke bilik Sya. Nor pula baru sahaja keluar dari bilik air.

“Nor, mane Sya? Senyap aje dia pagi ni?” aku mula menyuarakan persoalanku kepada Nor.

 “Entahlah Ziqa, tak bangun lagi kot? Sebelum aku mandi tadi, aku dah kejutkan dia dulu dah… pergi la tengok dalam bilik dia tu.”

“Ya Allah, makcik ni sorang, duk berbungkus lagi rupanya… patutlah tak dengar suara dia membebel macam mak nenek… Sya, bangunlah… dah lewat dah ni…” tubuh Sya digoncang aku.

 “Ala, jap lagi kawe bangunlah, mata kawe ni sero toksei buko lagi… 5 minit lagi deh… kekgi kawe bangun” Sya mula memberi alasan.

 “Jangan nak mengada-ngada ea, bangunlah makcik oii… dah lambat ni…” sambil itu, aku mula menggeletek tubuh Sya. Itulah kelemahan Sya yang sememangnya diketahui oleh kami.

 “Oii, geli la… iyo… iyo… kawe bangun doh ni ha… dokleh tengok oghe senang langsung la dio nih. Geghe sunggoh la aku gak.”

 “Tengok, bukak je mata, terus jadi murai tercabut ekor. Sudah, pergi mandi la.” Aku mengambil tualanya dan menolak Sya ke arah pintu.

 “Jangan duk tidur lak dalam bilik air tu Sya” aku sempat mengingatkannya. Kami pernah mengalami detik-detik cemas dimana Sya aku sangkakan pengsan di dalam bilik air. Aku dan Nor puas memanggil namanya, tetapi tiada sahutan. Kesudahannya pintu bilik air terpaksa aku dan Nor pecahkan. Berbekalkan ilmu taekwondo yang aku tuntut, pintu bilik air diterajang sekuat hati. Betapa terkejutnya kami setelah pintu bilik air terbuka. Sya dengan lenanya terlelap sambil dagunya disangkutkan di singki. Tergelak kami berenam apabila cerita ini disampaikan kepada Syida, Su, Lena dan juga Haziq.

Kami terlewat beberapa minit tiba di Kafe Abah. Ketika kami sampai, Syida, Su dan Lena telah bersedia menunggu kami. Riuh rendah suara kami setiap kali berjumpa. Masing-masing beratur bagi mendapatkan makanan untuk mengalas perut. Menu sarapan aku, seperti biasa ialah nasi lemak dan milo panas. Sambil menjamu selera, kami rancak bercerita.

“Ziqa, ko ngan Haziq apa cerita sekarang? Dia tak contact ko lagi ke?” Lena memulakan bicara.

 “Hurm, entahlah lena…. Aku….” Belum sempat aku menyambung kata, pantas Sya memotong percakapan aku.

 “Takdo lah tu, sebab tu muko seposen jah yang dia tunjuk kat kito tuh.”

 “Dah la Ziqa, buang masa je ko duk teringat-ingat, ternanti-nanti dia. Dia entah ingat entah tidak kat ko.”

Giliran Su pula mengeluarkan pendapat. Syida dan Nor pula hanya sekadar mengangguk tanpa memandang sedikit pun kea rah aku. Pada waktu makan macam ni, Syida dan Nor akan menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada makanan. Kata mereka tak elok bising-bising depan rezeki.

Tiba-tiba, perhatian aku teralih ke satu arah. Mata aku seperti tertarik untuk memandang sepasang pelajar. Mereka kelihatan begitu akrab sekali walaupun keadaan mereka membelakangkan aku. Aku berterusan memerhatikan jejaka itu. Tidak ku duga, jejaka itu turut berpaling, seolah-olah mengetahui ada mata yang sedang merenungya. Tatkala mata bertemu mata, jantungku terasa seperti mahu pecah, jejaka itu adalah orang yang sama yang selalu mendatangkan kerinduan di hati aku.

“Haziq….” Tanpa aku sedar, namanya aku seru perlahan. Syida yang berada di hadapan aku tanpa aku sedar terdengar suaraku, dan turut sama memandang ke arah tuju mata aku. Riak mukanya mula berubah.

 “Jantan tak guna… tau lah nasib ko nanti…” Aku menyedari apa yang Syida akan lakukan, segera memegang tangannya, menahan dia daripada meneruskan niat di hatinya.

 “Lepaskan aku Ziqa, biar aku yang pergi bersemuka dengan dia.” Syida berkata-kata dalam amarahnya.

 “Tak payah la Syida, tak perlu… biarkan dia…” Aku memujuk Syida yang sedang berada di tahap kemuncak kemarahannya.

Haziq dan pasangannya berjalan ke arah kami dengan dua gelas air di tangan Haziq. Mereka mengambil tempat selang dua buah meja daripada kami. Muka perempuan itu dapat aku lihat dengan jelas sekali. Mastura binti Mazlan! Pelajar jurusan perakaunan. Setiap butir bicaranya dapat aku dengar dengan jelas. Tanpa segan silu, Mastura memegang tangan Haziq, gelak tawanya yang manja menampar-nampar telinga aku.

“Cantikkan dia…” Aku memecahkan kebisuan kami.

 “Sapo dio? Si Mastura tu ko? Aish, gelilah kawe tengok dio, mace takdok tulang belakang, lentok kiri, lentok kanan. Tambah-tambah lagi dengan baju mace sarung nangka tu. Tapi ado so bendo lah kawe duk kesian kat dio tu, agok-agoknya kan, mesti rumoh dio tu, air berkarat kan, sampai mace tu sekali kena kat rambut dio tu. Kesian betul…” sepatah aku bertanya, berpuluh-puluh patah Sya memberikan komennya. Serentak perkataan terakhir keluar dari bibir Sya, kami berenam ketawa tak ingat dunia.

Dalam masa yang sama, aku dapat melihat mata Haziq mencuri pandang ke arah kami. Sesaat. Dua saat. Tiga saat… kami bertentangan mata. Aku melarikan pandangan. Dapat aku rasakan, jika bacaan degupan jantung aku di baca, tentu ia akan naik secara mendadak. Sakit, rindu, sebak, semuanya berkumpul menjadi satu di hati aku.
 

Saturday, July 23, 2011

BINTANG DIHATIKU (BAB 1)


BINTANG
 DI HATIKU





BAB 1

Bintang dilangit dipandang sepi. Sesepi hati seorang gadis yang tidak pernah jemu memandang kerlipan cahaya tersebut. Kenangan lama pantas menerjah fikiran.

Lagu Baby nyanyian Justin Bieber daripada telefon bimbit Haziqah kedengaran nyaring meminta pemiliknya segera menjawab panggilan itu.

“ hai baby, assalamualaikum… buat apa tu?” Suara garau seorang lelaki kedengaran dari corong telefon sebaik sahaja panggilan disambungkan. Aku mula tersenyum bahagia.

 “hai, waalaikumussalam.. tengah tengok-tengok bintang je ni ha… cantik…” senyuman masih lagi tidak lekang di bibir aku. Gembira dapat mendengar suara yang dirindui.

 “tengok bintang? Ziq pulak tengah tengok bulan ni ha… tiba-tiba rasa macam rindu sangat kat baby… cantik sangat bulan malam ni kan… penuh dan berseri-seri… secantik buah hati Ziq yang sorang ni ha… berseri-seri sentiasa…” kata-kata yang dibisik Haziq dengan penuh syahdu untuk aku. Bertambah berbunga-bunga hati aku. Alangkah indahnya saat-saat ini.

Haziq, lelaki pertama yang mengajar aku erti sebuah cinta, kasih, sayang dan juga kerinduan. Dia merupakan rakan sekuliah sahabat baik aku, Azlena dan juga Suhani. Kami bersama-sama menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi tempatan. Berbezanya kami hanyalah jurusan yang diambil. Azlena, Suhani dan Haziq mengambil jurusan Sains Pertanian, manakala aku, dan Tengku Syahida mengambil jurusan Seni Kulinari.

“Baby…” suara garau itu mematikan lamunan aku.

 “Hello baby? Dah tidur ke? Tak lain tak bukan mesti berangan ni kan? Suka betul baby berangan ea?” Haziq galak mengenakan aku.

 “Tak ada lah… bukan berangan… Cuma….”

 “Cuma ape baby? “

 “Cuma… Ziqa rasa macam rindu sangat kat Ziq” aku meluahkan perasaan rindu yang bersarang di hati.

Sudah seminggu aku tidak bersua muka dengan Haziq, gara-gara kursus luar kampus yang dihadirinya. 

 “Ala baby ni, janganlah macam ni… esok kan Ziq da balik kolej, dapatlah kita jumpa macam biasa… sabar ea baby…”

 “Hurm, besok pukul berapa Ziq sampai?”

 “Ziq tak pasti lagi lah baby, kursus Ziq akan tamat pukul 12, nanti kalau Ziq dah sampai kolej, Ziq call baby, kita jumpa k…” Haziq tidak jemu-jemu memujuk aku.

 “Baiklah, Ziq janji tau, sampai je terus call Ziqa tau... Dah rindu sangat-sangat dah ni… Tau sayang tau… “ sengaja aku berkata-kata dengan manja, supaya dia tahu aku sangat merindui dia.

 “Ye baby, Ziq janji… Dah, baby pergi tidur dulu ea… Dah lewat malam dah ni… Ok baby? Sayang baby…”

 “Sayang sayang jugak… Assalamualaikun sayang…”

 “Waalaikumussalam… Tidur nanti mimpi Ziq tau baby…”

 “Ziq pun jangan lupa mimpi Ziqa jugak tau…”

 “Ok baby… rindu baby sangat-sangat… tunggu Ziq balik tau…”

 “Cepat-cepat balik tau sayang” Inilah masalah kami setiap kali ‘bergayut’. Payah betul nak berhenti. Ade je sambungan cerita kami. Akhirnya Haziq mematikan talian apabila seorang daripada rakannya meminta Haziq menemaninya ke kedai.

Sentuhan dibahu mengejutkan aku dari lamunan yang panjang.

 “Ziqa, kenapa termenung kat luar sorang-sorang ni? Tak elok tau duk berembun tengah-tengah malam ni… nanti demam pulak” Noraimah menasihati aku.

 “Holah Ziqa, dok molek tao… nanti badan mung masuk angin pulak… nanti kalo mung sakit, sape hok susahnyo? Kami jugak tau…” kini giliran Nik Nursyaf pula menasihati aku. Berbanding dengan Noraimah, Nik Nursyaf lebih kuat leterannya. Kadang-kadang mengalahkan mak nenek pulak apabila dia mula bersuara. Walaupun begitu, mereka lah yang selalu berada di sisi aku tanpa mengira susah atau senang.

“kau termenungkan apa ni Ziqa?” Noraimah cuba mengorek rahsia hati aku.

 “Tak de ape lah… saje je aku tengok-tengok bintang tu… cantik…” Disebalik kepekatan malam, aku dapat melihat riak muka Noraimah dan Nik Nursyaf yang seakan tidak berpuas hati dengan jawapan aku.

 “Mung toksah duk bohong aku lah Ziqa oii… Kawe kenal sangat doh mung ni… Mung duk termenung teringatkan Haziq kei? Kawe pahe benar doh mung ni… Doh la wei, sudoh-sudoh la ingat kat dia tu, wat bazir maso mu jah. Rugi…” Nik Nursyaf selaku penceramah bebas yang menggunakan dialek negeri kelahirannya.

 “Mane ade la… pandai-pandai aje ko ni kan Sya… Dah la, aku lapar la… Nak pegi buat megi, ade sape-sape yang nak? Kali ni, Chef Haziqah bermurah hati nak masak” aku menawarkan khidmat memasak megi kepada mereka.

 “Aku nak megi tomyam tau Ziqa, macam bese…” Noraimah mula memberi ordernya.

 “Holah, hok tu jah mung pandai watnyo… megi,megi, megi… Bose sungguh kawe… ngaji bab makane tinggi-tinggi, tapi hari-hari duk make megi jah… bazir lok mung ni Ziqa…” Nik Nursyaf masih lagi belum berhenti membebel.

 “oii makcik, jangan duk kecek banyak sangatlah, nak ke tak ni? Tak nak sudah… aku buat untuk Nor aje… Bukannya aku tak pandai nak masak makanan lain, tapi malaslah makcik.” aku membalas kata-kata Nik Nursyaf.

 “eh, kawe dok oyak pon kawe tok sei… nok la… megi tom yam jugok deh… nak pedas-pedas gitu deh…”

 “amboi-amboi… sedapnye order… satu mangkuk aku kira murah je, harga membe, 5 ringgit je la yer…” aku mula mengenakan mereka.

 “oloh mung ni Ziqa, dok ikhlas langsung. Tu pon nok berkira ke?”

 “a’ah, tak sudah-sudah dengan 5 ringgit dia tu kan Sya.” Noraimah membela Nik Nursyaf.

 “sayang-sayang ku sekalian, nothings free in the world lah… tau… duit tetap duit… aku masak megi pon perlukan tenaga tau…” sebelum kata-kataku sempat dibalas oleh Nik Nursyaf dan Noraimah, aku bergegas meninggalkan mereka masuk ke ruang dapur. Entah apa yang mereka bebelkan aku tidak pula pasti. Aku melangkah masuk dengan senyuman. Terhibur dengan tingkah laku mereka.




 >>> sila komen untuk menjadikannya lebih menarik... kalau ada sebarang cadangan, pun boleh gitao yer~