Friday, December 21, 2012

* K A M I *


 jeng jeng jeng. cantik x baju kitorang? hah. ni baju entrepeneur club. budak business punya club. actually. bukan nak cakap pasal baju pon. buxiey cume nak share rasa gembira di hati buxiey. kalau korang nak tau. mereka mereka ni lah yang rapat ngan buxiey kat u ni hah. buxiey sayang mereka sangat sangat sangat.


masa sem lepas. persahabatan kitorang sedikit menjauh. macam macam dugaan yang datang menimpa kitorang.


tapi alhamdulillah. buxiey gembira sangat. sebab sem ni. kami semua kembali bersatu. rapat seperti sedia kala. ke kelas bersama. balik bersama. makan bersama.


dan segala galanya makin seronok bila dilakukan bersama sama. yang berat jadi ringan. yang susah jadi senang.


buxiey sememang nya sayang dorang ni sangat sangat. xde dorang. sunyi jugak lah kehidupan seharian buxiey kat u ni. buxiey harap. walaupun macam macam dugaan dan masalah yang datang. kami semua akan dapat tempuhi bersama sama. tu lah perlunya mereka yang bernama sahabat.


i just love my sayangsss so much. persahabatan yang kekal selamanya dan akan makin erat seiring dengan waktu. sayang banyak banyak. muahhcckkk. :-*

via TINGKAP KELAS

ahah. hari ini dalam sejarah. ketika umur buxiey lagi 2 bulan nak menginjak ke angka 22 tahun, buxiey alami satu lagi pengalaman baru. buxiey x pernah terpikir akan dapat rasai pengalaman ni. korang nak tau x apa pengalaman buxiey ni? haha. buxiey yakin sangatlah, x semua orang dapat rasa ape yang buxiey rasa ni. hanya insan insan terpilih dan istimewa je yang akan rasai pengalaman ni.

19/12/12 bersamaan hari rabu. buxiey ade kelas economy. kelas buxiey tu start kul 8 pagi. as usual la kan. muka buxiey ni, muka x pernah datang awal ke kelas. nak dijadikan cerita. pagi tu. buxiey dan lagi 3 orang kawan buxiey sampai lambat ke kelas. tambah tambah sekarang ni kan musim hujan. makin la menyukarkan perjalanan ke kelas tu.

dalam duk jalan terkedek kedek nak g kelas ni. buxiey ngan kawan kawan dah risau dah. mesti lec dah masuk kelas ni hah. silap hari bulan kena denda. tapi kitorang kuatkan jugak semangat pegi kelas. sambil tu, dalam hati buxiey x berhenti henti berdoa supaya x de pape nanti.

akhirnya. sampai la ke kelas. ahah. tu diaaa. kelas dah start dah. le dah start mengajar dah. sampai depan pintu, buxiey ngan kawan kawan x terus masuk. kitorang tersengih sengih je depan pintu kelas. and nak tau x apa jadiiii? haha. part yang memang x dijangka terjadi dalam hidup.

BUXIEY dan KAWAN KAWAN x dibenarkan masuk ke kelas melalui cara biasa, iaitu pintu. jadi satu satunya cara nak masuk ke kelas adalah melalui TINGKAP! ahah. TINGKAP! nak x nak. terpaksa la jadi macam kera jap, lompat masuk kelas melalui TINGKAP. perghhh. xtahu nak sorok mana muka ni hah. dah la dalam kelas sume membe membe pakat duk tengok. tambah pulak lagi budak yang lalu lalang. memang buxiey buat show la kat situ kan.

terpaksa la buxiey buat muka tebal je. lepas sorang sorang lompat tingkap tu hah. nasib baek. ade lagi yang datang lambat. jadinya. kami berenam terpaksa la lompat tingkap tu hah. demi menuntut ilmu. adoyaiii. nasib baik je pon, kebetulan hari tu hari korporat. kitorang sume pakai seluar. kalau lah kebetulan pakai baju kurung. macam mana lah agaknya nak lompat tingkap tu kan. buat malu kaum hawa je.

kepada lecturer pon. agak agak la nak kenakan denda. janganlah sampai buat students malu. ingat x malu ke. perempuan panjat tingkap. terkangkang sana sini. lepas tu budak lelaki tengok. jatuh saham perempuan kitorang kot. 

apa pon. thanx jugak lah kepada cik lecturer sebab bagi buxiey rasa pengalaman ni. nanti boleh la nak cite kat anak anak. yang ibu dye ni dulu nakal. sampaikan kena panjat tingkap nak masuk kelas. ape pon x boleh. heee. :)


#gambar hiasan. bukan nak tunjuk orang dalam gambar. tapi nak tunjuk tingkap kat belakang. hah. tingkap tu lah yang kitorang terpaksa lompat tu. nasib baek tingkap tu besar. muat jugak buxiey yang debab ni nak lalu. hehe. #


*JANNAH. SABARIAH. KINAH. SYIDA. SHAH*

Thursday, December 20, 2012

DUA HATI MENJADI SATU

'aku terima nikahnya FATIMAH AZZAHRA bt MAT RAOS dengan mas kahwinnya bla bla bla'.






akhirnya. selepas hampir 3 tahun berkawan, 3 tahun bertunang, FATIMAH AZZAHRA dah selamat menjadi yang sah kepada ISMAIL SYAFIQ. perkenalan yang tidak disangka membawa ke jinjang pelamin. 14/12/12, AZ dan MAEL sah menjadi suami isteri. buxiey bukan maen lagi dup dap dup dap. apatah lagi si raja sehari kan. agaknya mesti dah nak tercabut jantung tu. majlis yang simple. tapi sangat sweet. tema majlis dorang green + brown. pelamin ni hah, kakak kepada si pengantin perempuan yang buat sendiri. cantikkan?













:::: teringat cerita lalu ::::
perkenalan yang bermula dengan 'pandang pandang suka suka minat minat' akhirnya membuahkan hasil yang sangat manis. dorang ni start berkawan n berkasih sayang sejak 2007 lagi. masa tu, kitorang form4. dan mael plak senior kitorang, form5. kire macam dalam cerita sembilu la ni. bercinta sejak sekolah. akhirnya ke jinjang pelamin.

SMKA SHEIKH ABDUL MALEK, K. TERENGGANU. tempat bermulanya detik detik manis dorang. macam macam dugaan dan cabaran dalam berkasih yang dorang tempuhi. macam biase la kan. gaduh. cemburu. merajuk. tapi akhirnya. KAHWIN jugak. heee. tahniah AZ.

buxiey doakan AZ dan MAEL akan bahagia sampai ke syurga. di kurniakan kehidupan yang bahagia. yang senang. zuriat yang soleh dan solehah. dan rezeki yang halal. semoga kebahagiaan untuk kalian berdua kekal selamanya. selamat pengantin baru sayang. selamat menjadi isteri yang taat. dan ibu yang mithali. dan juga. selamat membina keluarga bahagia yang diredhai. tahniah sayang. :)




SELAMAT PENGANTIN BARU

FATIMAH AZZAHRA
&
ISMAIL SYAFIQ
14/12/12
@
1/2/34H