Thursday, December 20, 2012

DUA HATI MENJADI SATU

'aku terima nikahnya FATIMAH AZZAHRA bt MAT RAOS dengan mas kahwinnya bla bla bla'.






akhirnya. selepas hampir 3 tahun berkawan, 3 tahun bertunang, FATIMAH AZZAHRA dah selamat menjadi yang sah kepada ISMAIL SYAFIQ. perkenalan yang tidak disangka membawa ke jinjang pelamin. 14/12/12, AZ dan MAEL sah menjadi suami isteri. buxiey bukan maen lagi dup dap dup dap. apatah lagi si raja sehari kan. agaknya mesti dah nak tercabut jantung tu. majlis yang simple. tapi sangat sweet. tema majlis dorang green + brown. pelamin ni hah, kakak kepada si pengantin perempuan yang buat sendiri. cantikkan?













:::: teringat cerita lalu ::::
perkenalan yang bermula dengan 'pandang pandang suka suka minat minat' akhirnya membuahkan hasil yang sangat manis. dorang ni start berkawan n berkasih sayang sejak 2007 lagi. masa tu, kitorang form4. dan mael plak senior kitorang, form5. kire macam dalam cerita sembilu la ni. bercinta sejak sekolah. akhirnya ke jinjang pelamin.

SMKA SHEIKH ABDUL MALEK, K. TERENGGANU. tempat bermulanya detik detik manis dorang. macam macam dugaan dan cabaran dalam berkasih yang dorang tempuhi. macam biase la kan. gaduh. cemburu. merajuk. tapi akhirnya. KAHWIN jugak. heee. tahniah AZ.

buxiey doakan AZ dan MAEL akan bahagia sampai ke syurga. di kurniakan kehidupan yang bahagia. yang senang. zuriat yang soleh dan solehah. dan rezeki yang halal. semoga kebahagiaan untuk kalian berdua kekal selamanya. selamat pengantin baru sayang. selamat menjadi isteri yang taat. dan ibu yang mithali. dan juga. selamat membina keluarga bahagia yang diredhai. tahniah sayang. :)




SELAMAT PENGANTIN BARU

FATIMAH AZZAHRA
&
ISMAIL SYAFIQ
14/12/12
@
1/2/34H


Tuesday, November 20, 2012

KERANA SAYANG.

HATI
susah nak dijaga kan
betol cara jaganya, bahagialah hati
salah caranya, terluka lah hati
saya seudaya upaya saya
cuba untuk jaga hati awak
dan hati saya
juga hati orang sekeliling
supaya tak ada yang terluka
tak ada yang tersakiti

TAPI

siapa kita nak menolak takdir
hari ini
hati ini
ditakdirkan untuk bersedih
terluka dengan masa silam awak
jeles dengan keakraban awak

SAYA

bukan saya tak percayakan awak
bukan saya tak sayangkan awak

TAPI

hati saya terlalu rapuh
saya tidak kuat untuk semua ini
melihatkan awak berbicara tentang wanita lain
membuatkan sakit yang teramat di dada

SEOLAH OLAH

hati ini telah dihiris dengan pisau yang tajam
melihatkan awak memanggil wanita lain sayang
membuatkan hati ini sebak

SEOLAH OLAH

hati ini ditusuk tusuk dengan sembilu

SAYA SAYANG AWAK

tapi saya tak kuat untuk menahan rasa ini
awak cemburu apabila saya mengatakan
saya menghadiahkan sesuatu kepada seorang lelaki
walhalnya. lelaki itu adalah awak.
awak tak tahu itu

SAYA SAYANG AWAK

tapi saya tak kuat untuk menidakkan rasa ini
disaat saya begitu teruja untuk menghargai awak
awak khabarkan berita yang saya xsangka
wanita lain menghadiahkan awak sesuatu.

LALU

apakah yang patut saya rasa sekarang?
  • biarkan saja. seolah olah tak de apa apa yang berlaku
  • simpan di dalam hati. nanti ia akan terpadam sendiri.
  • berfikiran positif. ianya hanyalah pemberian daripada seorang kawan

SEDANGKAN

pemberian wanita itu. adalah sesuatu yang awak suka
yang akan membuatkan awak selalu mengingati dia
di setiap detik waktu

WAJARKAH

saya cemburu

ATAU 

membiarkan sahaja rasa ini
menghiris hiris hati ini
memaksa maksa air mata menuruni pipi

KERANA SAYANGKAN AWAK

saya tak nak awak rase bersalah
saya tak nak awak tahu saya sedih
saya tak nak awak tahu saya terluka

KERANA SAYANGKAN AWAK

saya simpan rasa ini dalam hati
di lubuk yang paling dalam
agar ia tidak terkesan di wajah dan suara
supaya awak akan terus bahagia.

*withloveNAMjustforHS*

Saturday, September 22, 2012

SOALNYA HATI.



i do miss him. yang sebenar benarnya, buxiey x pernah pon jumpe mamat ni. buxiey kenal dye melalui kawan buxiey, kat facebook. lama dan lama dan lama lepas tu. buxiey dan mamat ni makin rapat. n now, buxiey teringin nak jumpe dye. tapi. mamat ni jauh sangat. buxiey kat Terengganu, mamat ni plak kat Batu Pahat. macam mana buxiey boleh rindu and sayang mamat ni, even kitorang x pernah jumpe. susah nak jawab kan. kalo melibatkan soal hati ni, memang complicated. buxiey cume harapkan, dan doakan satu hari nanti buxiey akan jumpe mamat ni. dan waktu tu adalah waktu yag buxiey xkan lupakan. buxiey kalo boleh nak jumpa mamat ni on the nikah day. buxiey nak tengok mamat ni depan depan bila mamat ni sah jadi raja di hati buxiey. doakan impian buxiey akan tercapai. amin. :)

TERDERA dan DIDERA

nak dijadikan cerita. last week buxiey dipaksa rela join JUNIOR FIRST AID CAMP. kalo x pegi perkhemahan ni, nanti buxiey kena repeat paper. nak x nak, terpaksa la jugak pegi.

mak aih, sepanjang 3 hari 2 malam buxiey kat sana, diibaratkan macam 3 tahun. sangat menyeksakan. seriously, buxiey dan kawan kawan didera macam kat kem askar. dekat dengan tempat perkhemahan kitorang tu, ade la jugak geng geng PALAPES. buxiey rase, perkhemahan kitorang dah jadi mcm kem PALAPES dah. kitorang hanya diberi makan scrambled egg, roti dan sayur yang dmasak mcm mane pon x tao.

dah la tu. masa tu hujan turun dengan lebatnya. diikuti dengan guruh dan kilat yang sabung menyabung. malam tu, buxiey dan kawan kawan terpaksa la tidur dalam khemah yang basah, akibat daripada khemah kitorang yg bocor. 

sepanjang perkhemahan tu, buxiey ade latihan kawad. latihan tu dibuat tepat masa matahari kat atas kepala. memamg terbakar habes la kulit. tapak perkhemahan kitorang plak tu, xde pokok, lagi la panas. macam padang jarak padang tekukur. tapi. ade la jugak baeknya perkhemahan ni. sekurang kurangnya, buxiey dapat belajar, macam mana nak bagi pertolongan cemas, macam CPR, patah tangan, tersedak, dan macam macam lagi. at least, dapat jugak buxiey tambahkan ilmu pengetahuan.

yang x bes nya pon ade jugak. buxiey kesian tengok kawan kawan buxiey yang kena denda. mereka diberi minum air tea yang dcampur garam la.disuruh makan lollipop yang disalut garam, dan tidur di atas tanah dengan tangan ke atas. sometimes, buxiey rase, xpatot jugak buat macam tu. buxiey sampai muntah n nanges nanges sepanjang perkhemahan tu. bukan sebab ape pon, buxiey nanges sebab komander suke tinggikan suara. menakotkan. 

tapi bila dah sampai hujung hujung, barulah buxiey rase relex sikit. kesoronokan tu baru datang. muka plak dah hitam dah. hari las baru kitorang dibenarkan pegang fon. so, kesimpulannya. ni je la bukti yang sempat kitorang tembak tembak. :)




Monday, June 25, 2012

(: untitled :)

setiap orang ade kelebihan dan kekurangan masing masing bukan? jadi kenapa dalam sesuatu hubungan, kita biasenya xdapat terima kelemahan orang lain. kelebihan dye kite terima, kite tumpang guna pakai, tapi bile bab kelemahan dye, kite kutuk dye, kite jauhkan diri. kenapa? sedangkan diri kite sendiri pon ade kelemahan jugak. xde orang yg SEMPURNA lah dalam dunia ni. kalau kite xdapat terima kekurangan yang ade pada diri seseorang orang yg lain, mknanya kite bukanlah orang yang baek. kalau kite x dapat terima kekurangan pada diri orang yang kite sayang, mknanya kite bukanlah betol betol iklas sayangkan seseorang orang tu. belajar terima kekurangan diri dan kelemahan orang lain. gunekan kelebihan anda untuk membantu kekurangan orang lain. tu baru dinamakan SAHABAT SEJATI. :)

Friday, June 8, 2012

tercabar . dicabar. mencabar.


berdebar debar hati buxiey nak bersastera untuk entry kali ni. bukan apa. risau bile pikir postif dan negatif entry kali ni. buxiey memang amek risiko giler ni bile buat keputusan nak buat entry ni.

nak dijadikan cerita. semalam bersamaan 08.06.12 lebih kurang jam 1 hingga 2 pagi. buxiey bergayut gayutan di talian. bila dah gayut bermacam macam topik. tibe tibe. ehem. beliau cakap. beliau rindu buxiey. ehem. beliau RINDU buxiey oke. mula mula tu buxiey saje je nak kenakan beliau. buxiey cakap buxiey nak update kat sini. tak sangka tibe tibe dye cabar buxiey buat. ape awak ingat buxiey x berani kah? haha.

awak. buxiey sahut cabaran awak. sekarang buxiey dah khabarkan kat semua orang yang awak cakap kat buxiey bahawasanya AWAK RINDU BUXIEY. haha. amacam der? haha.

dan. buxiey nak cakap kat awak jugak. buxiey pun teringat ingat @ rindu kat awak. ANEEP SASUKA @ HANIF B SUPA'AT. haha.

haha. abes la awak lepas ni yer. layu lah sume bunga bunga awak nanti. buxiey x tau. buxiey cume menyahut cabaran awak je. segala kerugian awak alami. buxiey x tanggung ea. haha. (ketawa kejam).

nah setepek buxiey lekatkan muke awak kat sini. kepada kawan kawan awak yang lain. mintak maaf sebab libatkan korang. buxiey xjumpe muke beliau sorang sorang. terpaksa la buxiey pilih yang ade muke korang sekali. buxiey letak gambar ni sebab buxiey suke gambar ni. :)






haha. oke kawan. buxiey dah penat gelakkan awak. sampai besok pon x abes kalo buxiey gelakkan awak. adios amigos. selamat membaca dear kawan, hanif. haha. <3


Sunday, June 3, 2012

hari kelahiran tersayang :)

boom boom cekebabow.

26.05.12
: selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran buat kali ke-58 ibu @ ZAIDAH BINTI ABD RAHMAN.

30.05.12
: selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran buat kali ke-24 abg lang @ MOHD AZIZUL BIN MAJID.

semoga selamat sentiasa. semoga bahagia sentiasa dunia dan akhirat. semoga berjaya dunia akhirat. semoga sentiasa di bawah lindunganNya. dan. BUXIEY sayang kalian sangat sangat sangat sangat sangat. <3