Saturday, February 25, 2012

25 Feb 2012...




Tersebutlah al kisah di suatu hari, pada 25 Feb 2012 bersamaan hari sabtu, di mana seorang budak perempuan yang comel, telah pon menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 21... Pada malam itu, bdetiknya jarum jam ke angka 0:01, berduyun-duyun la datang ucapan selamat kepada budak perempuan comel tersebut... ada sesetengah ucapan yang membuatkan budak perempuan tersebut tidak dapat menahan perasaan terharu tersebut... sampai tertitis mutiara jernih di pipi... sebahagian kata-kata yang membuatkan budak perempuan tersebut terharu seperti.....
  • happy 21st birthday zie yg comel~!! hoho dah 'adult' dah yeee, tak boleh nak comel2 sgt dah lol :p may Allah bless you always, take care kak long! jaga adik2, haha stay excellent ;) miss connecting broadband w youuuu! takde rezeki nak celebrate bday sama2, inshaAllah pnjg umur kita jumpa lagi :) TQ for being one precious friend. blajo2 makan BUAH yeee haha kbyeee ♥
  • happy birthday to you, Buxiey Majid. tahun ni BFF dan saya tak dapat nak buat surprise mcm dulu2 tp saya nak awak tahu yg saya tetap ♥ awak. insyaallah kita akan bertemu lagi. BFF25 & BFF35
  • bUdax buCuk...! epi bUfday cyUnk....!
    a'ah....daa tUe da engkO..hehe...=)
    arap2 kUrg sket majOk pasniE....
    smIle...=)
    prEnz 4evEr...!
  • May this birthday teach you that failure, depression, rejection, sorrow, hurt and pain are words that you should erase from the dictionary of your life. Wishing you a very Happy 21st Birthday and may ALLAH bless you always, BFF Buxiey Majid ♥

    *penat godek2 lappy xjumpa cari gbr kita ber6, anggaplah gbr ni kitorg tgh celeb brthday awak :P* — with Fieyra Shafira and3 others at Kolej Matrikulasi Melaka.
dan tanpa disangka pada malamnya pulak, lagi beberapa puluh minit sebelum hari tersebut melangkah ke hari baru, buxiey dapat satu panggilan telefon... daripada someone... someone menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu" kepada budak perempuan tersebut... budak perempuan tersebut terharu yang amat sangat... dan selepas-selepas itu... dinyanyikan pula lagu "sedetik lebih", "warna-warna cinta", "baik-baik sayang", "terima kasih sayang" dan juga "bingkisan rindu"... ahah, so sweet... budak perempuan tersebut tidur bertemankan lagu-lagu tu la semalam...

dan... sampai di sini je la dulu, budak perempuan tersebut, yang bernama NUR AZIEMAH BINTI MAJID ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah pun mngucapkan dan mendoakan sempena ulangtahun kelahiran dirinya... akhir kata, budak perempuan tersebut, sayang sangat kat kamu semua... =)

Monday, January 23, 2012

buxiey dan buah???

pa habaq sume??? ingat buxiey lagi dak??? ni buxiey nak habaq la kan... buxiey x suke buah... sgala jenis bentuk, bau dan rasa buah, buxiey x suke... kalo buxiey mendekati buah, nanti buxiey akan pening dan nak muntah... payah sangat jadik buxiey ni tao... orang x pernah nak faham apa yg buxiey rasa ni... 

ada yg ejek2 buxiey sebab x suke buah... ade yg usik2 buxiey, yg ckp buxiey ni ngada pon xkurang juga... sedih tao x??? bukan sengaja buxiey xnak suka kat buah tu, tapi dah memang buxiey x boleh langsung nak ade chemistry ngan buah... ingat pening dan muntah tu seronok ke??? 


macam kamu2 sume a jugak kan... ade yg geli ngan lipas, katak, ular sume2 tu kan... buxiey pon x sempurna jugak, buxiey geli ngan buah... salah ke??? tolong la jangan menganiayai buxiey... buxiey bukan buat-buat pon x suke buah... buxiey x boleh... seriously x boleh...

nampak gayanya buxiey kena cari suami yg x suke makan buah jugak la ni... kalo x agaknya, boleh merana hidup ni~ =(

Saturday, December 17, 2011

kEdAtAngAn InsAn-InsAn bArU...


lama yang teramatlah sangat cik buxiey x mengetuk-ngetuk huruf kat keyboard niyh... kerana apa??? kerana kemalasan dan ketiadaan mood yang teramatlah sangat... dan pada pagi yang sunyi ini, tetibe buxiey seperti rajin pulak kan, nak meng'exercise'kan jari jemari buxiey niyh...

jadi... sekarang ini... buxiey nak kasi anda semua cuci-cuci mata lah sikit... buxiey dapat semakin ramai kenalan a.k.a kawan sekarang ni... dan mereka-mereka adalah kengkawan kelas buxiey... mereka-mereka ini sangatlah best... walaupun masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing, buxiey rasa seronok yang teramat bersama mereka... untuk pengetahuan kalian, dalam kelas buxiey ade artis tauk... jom buxiey perkenalkan mereka-mereka yang bernama artis ni...


yang sebelah kiri kalian ni 2 in 1 : sekali tengok macam shah jaszle, dua kali pandang dah jadi macam anuar zain pulak~

yang ni pulak hero pujaan ramai : seith tan @ aaron aziz...

dan... dia yang berbaju kotak-kotak tu pulak artis dua negara, d malaysia dia adalah zizan nin, manakala d philippines, dia adalah jericho rosales.


dan seterusnya.... adalah insan-insan bukan artis, tapi insan-insan yang mewarnai kehidupan buxiey di hari-hari yang telah dan bakal dilalui... 




































dan kepada sesiapa yang wajah-wajah comel + hensem + cute mereka xde dalam entry ni, mintak maaf sangat-sangat lah yer, sebab bukan buxiey xnak letak, cume korang xnak bgambar ngan buxiey, jadi cane buxiey nak letak... nanti laen masa buxiey letak okeh~ =)


setakat ini lah dahulu yer, buxiey punye mata sudah penat... mauk tidor sudah~ nyte dan salam sume... =)

Saturday, November 12, 2011

PROJEK TERBENGKALAI

mintak maaf lah sume-sume yer... kerana sesungguhnya cik buxiey x dapat nak meneruskan cerita bintang di hatiku... banyak sebab musababnya, ade sesuatu yang sedang menganggu fikiran cik buxiey menyebabkan idea-idea cik buxiey lari bertempiaran entah kemane... kalau diberi kesempatan, insyaAllah akan di continuekan cerita tu, tapi bukanlah dalam waktu yang hampir-hampir ni... segala kesulitan dan kepayahan amat dikesali~ 

Saturday, August 20, 2011

hArI rAbu~

Ape yang ada pada hari rabu??? sepanjang kerja kat Pusat Kek Aliya ni, banyak benda baru yang buxiey alami... terutama pada hari rabu... contohnya, rabu dua minggu lepas, bersamaan minggu pertama puasa... buxiey bersama kawan tempat kerja pergi bazar ramadhan kat dataran shahbandar... plan kitorang, nak buka puasa kat atas karpet hijau a.k.a rumput la kan... masa tu 1st tyme buxiey buka puasa kat luar tanpa family... tapi bile dapat berbuka ramai-ramai macam tu, rasa terubat la jugak sedikit perasaan sedih di hati ni... nak dijadikan cerita, lepas makanan semua dah selamat masuk ke perut kitorang, kitorang pon perlahan-lahan la bergerak balik ke kedai... kul 8 nak kena buka kedai balik, terpaksa la tergesa-gesa... tengah-tengah berjalan sambil bergelak ketawa tu, tiba- tiba buxiey terpandang 2 orang lelaki yang berwarganegara bangladesh tengah jalan sebelah kitorang... buxiey tak de la pulak nak syak ape-ape kan... tapi ade la jugak sedikit rasa lain macam kat hati ni... buxiey pon berlagak selamba je la... jalan, ketawa, jalan lagi dan ketawa lagi... sampai la kat kawasan sebuah masjid, kawan buxiey ni berbisik kat tlinge buxiey...


 "zie, cube tgk blakang, dua org bangla tu ikut kite la..." 


otometik la kpala ni bpaling, dan mmg mamat2 bangla tu berada kat blakang kitorg... dah rasa dah takut, tapi buat cool lagi ni... buxiey ngan kawan buxiey terus mlangkah dengan langkah yg paling laju dan panjang... ehhh??? dorang still ade kat blakang... tyme tu mmg da x dpt nak pkir ape dah... takut punye pasal... kalau buka kdai, nnti kan x pasal2 lak kena serang dalam kedai... last2, kitorg buat kputusan pegi pusing-pusing dulu... pegi mcD, pegi situ, pegi sini... ehh??? mamat bangla tu ade lagi upenya... akhirnya kitorg pegi ckp kat sorg abg yg jaga kaunter tiket, dan dye teman buka kedai... fuhhh... selamat jap ase... tapi ketenangan tu x lama pon... tibe-tibe ada sorang bangla masuk kedai, beli air... pastu dye cakap nak tumpang duduk lam kedai... kitorang ckp la x boleh, and den dye bgtao la... kawan dye yg lagi 2 dah kna tgkap sama itu abg polis... masa tu punye la kitorg takut, sampai buxiey menangis... kawan buxiey lak sampai terduduk atas lantai sambil menangis... bila pikir balik, cam malu la pulak dua org berpeluk2 sambil nangis... huhuhu... 


lpas tu, abg polis dtg kedai ambil mamat bangla tadi... dan rupa-rupanya sume tu hanyalah salah paham... kbetulan arah tuju mamat bangla tu sama ngn arah tuju kami... nasib kamu la yer mamat bangla kena tahan ngn abg2 polis tu... dan yg paling penting... ade sorang abg polis yg cukup hensem... hohoho... tengah menangis pon sempat jugak buxiey jeling-jeling abg polis tu... ni alkisah rabu minggu pertama puasa... nak tau ape terjadi rabu minggu ketiga puasa??? tggu next entry la yer... adios... =)

Sunday, July 24, 2011

BINTANG DIHATIKU (BAB 2)


BAB 2

Pagi itu, aku bersiap seperti biasa. Kelas pertama aku pada hari ini akan bermula pada jam 9.00 pagi. Sekarang jam menunjukkan angka 6.30 pagi. Masih awal lagi, aku sudah berkira-kira mahu bersarapan terlebih dahulu bersama Sya, Nor, Syida, Su dan Lena. Kami sudah berjanji akan bertemu di Kafe Abah lagi setengah jam.

“Eh, kenapa senyap je aku rasa rumah ni… kalau tak, pagi-pagi macam ni, mesti bising dengan suara si Sya yang tak pernah berhenti ‘berpot pet’ tu… lain macam aje ni…” aku mula merasai kelainan pada pagi ini. Langkah ku atur ke bilik Sya. Nor pula baru sahaja keluar dari bilik air.

“Nor, mane Sya? Senyap aje dia pagi ni?” aku mula menyuarakan persoalanku kepada Nor.

 “Entahlah Ziqa, tak bangun lagi kot? Sebelum aku mandi tadi, aku dah kejutkan dia dulu dah… pergi la tengok dalam bilik dia tu.”

“Ya Allah, makcik ni sorang, duk berbungkus lagi rupanya… patutlah tak dengar suara dia membebel macam mak nenek… Sya, bangunlah… dah lewat dah ni…” tubuh Sya digoncang aku.

 “Ala, jap lagi kawe bangunlah, mata kawe ni sero toksei buko lagi… 5 minit lagi deh… kekgi kawe bangun” Sya mula memberi alasan.

 “Jangan nak mengada-ngada ea, bangunlah makcik oii… dah lambat ni…” sambil itu, aku mula menggeletek tubuh Sya. Itulah kelemahan Sya yang sememangnya diketahui oleh kami.

 “Oii, geli la… iyo… iyo… kawe bangun doh ni ha… dokleh tengok oghe senang langsung la dio nih. Geghe sunggoh la aku gak.”

 “Tengok, bukak je mata, terus jadi murai tercabut ekor. Sudah, pergi mandi la.” Aku mengambil tualanya dan menolak Sya ke arah pintu.

 “Jangan duk tidur lak dalam bilik air tu Sya” aku sempat mengingatkannya. Kami pernah mengalami detik-detik cemas dimana Sya aku sangkakan pengsan di dalam bilik air. Aku dan Nor puas memanggil namanya, tetapi tiada sahutan. Kesudahannya pintu bilik air terpaksa aku dan Nor pecahkan. Berbekalkan ilmu taekwondo yang aku tuntut, pintu bilik air diterajang sekuat hati. Betapa terkejutnya kami setelah pintu bilik air terbuka. Sya dengan lenanya terlelap sambil dagunya disangkutkan di singki. Tergelak kami berenam apabila cerita ini disampaikan kepada Syida, Su, Lena dan juga Haziq.

Kami terlewat beberapa minit tiba di Kafe Abah. Ketika kami sampai, Syida, Su dan Lena telah bersedia menunggu kami. Riuh rendah suara kami setiap kali berjumpa. Masing-masing beratur bagi mendapatkan makanan untuk mengalas perut. Menu sarapan aku, seperti biasa ialah nasi lemak dan milo panas. Sambil menjamu selera, kami rancak bercerita.

“Ziqa, ko ngan Haziq apa cerita sekarang? Dia tak contact ko lagi ke?” Lena memulakan bicara.

 “Hurm, entahlah lena…. Aku….” Belum sempat aku menyambung kata, pantas Sya memotong percakapan aku.

 “Takdo lah tu, sebab tu muko seposen jah yang dia tunjuk kat kito tuh.”

 “Dah la Ziqa, buang masa je ko duk teringat-ingat, ternanti-nanti dia. Dia entah ingat entah tidak kat ko.”

Giliran Su pula mengeluarkan pendapat. Syida dan Nor pula hanya sekadar mengangguk tanpa memandang sedikit pun kea rah aku. Pada waktu makan macam ni, Syida dan Nor akan menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada makanan. Kata mereka tak elok bising-bising depan rezeki.

Tiba-tiba, perhatian aku teralih ke satu arah. Mata aku seperti tertarik untuk memandang sepasang pelajar. Mereka kelihatan begitu akrab sekali walaupun keadaan mereka membelakangkan aku. Aku berterusan memerhatikan jejaka itu. Tidak ku duga, jejaka itu turut berpaling, seolah-olah mengetahui ada mata yang sedang merenungya. Tatkala mata bertemu mata, jantungku terasa seperti mahu pecah, jejaka itu adalah orang yang sama yang selalu mendatangkan kerinduan di hati aku.

“Haziq….” Tanpa aku sedar, namanya aku seru perlahan. Syida yang berada di hadapan aku tanpa aku sedar terdengar suaraku, dan turut sama memandang ke arah tuju mata aku. Riak mukanya mula berubah.

 “Jantan tak guna… tau lah nasib ko nanti…” Aku menyedari apa yang Syida akan lakukan, segera memegang tangannya, menahan dia daripada meneruskan niat di hatinya.

 “Lepaskan aku Ziqa, biar aku yang pergi bersemuka dengan dia.” Syida berkata-kata dalam amarahnya.

 “Tak payah la Syida, tak perlu… biarkan dia…” Aku memujuk Syida yang sedang berada di tahap kemuncak kemarahannya.

Haziq dan pasangannya berjalan ke arah kami dengan dua gelas air di tangan Haziq. Mereka mengambil tempat selang dua buah meja daripada kami. Muka perempuan itu dapat aku lihat dengan jelas sekali. Mastura binti Mazlan! Pelajar jurusan perakaunan. Setiap butir bicaranya dapat aku dengar dengan jelas. Tanpa segan silu, Mastura memegang tangan Haziq, gelak tawanya yang manja menampar-nampar telinga aku.

“Cantikkan dia…” Aku memecahkan kebisuan kami.

 “Sapo dio? Si Mastura tu ko? Aish, gelilah kawe tengok dio, mace takdok tulang belakang, lentok kiri, lentok kanan. Tambah-tambah lagi dengan baju mace sarung nangka tu. Tapi ado so bendo lah kawe duk kesian kat dio tu, agok-agoknya kan, mesti rumoh dio tu, air berkarat kan, sampai mace tu sekali kena kat rambut dio tu. Kesian betul…” sepatah aku bertanya, berpuluh-puluh patah Sya memberikan komennya. Serentak perkataan terakhir keluar dari bibir Sya, kami berenam ketawa tak ingat dunia.

Dalam masa yang sama, aku dapat melihat mata Haziq mencuri pandang ke arah kami. Sesaat. Dua saat. Tiga saat… kami bertentangan mata. Aku melarikan pandangan. Dapat aku rasakan, jika bacaan degupan jantung aku di baca, tentu ia akan naik secara mendadak. Sakit, rindu, sebak, semuanya berkumpul menjadi satu di hati aku.
 

Saturday, July 23, 2011

BINTANG DIHATIKU (BAB 1)


BINTANG
 DI HATIKU





BAB 1

Bintang dilangit dipandang sepi. Sesepi hati seorang gadis yang tidak pernah jemu memandang kerlipan cahaya tersebut. Kenangan lama pantas menerjah fikiran.

Lagu Baby nyanyian Justin Bieber daripada telefon bimbit Haziqah kedengaran nyaring meminta pemiliknya segera menjawab panggilan itu.

“ hai baby, assalamualaikum… buat apa tu?” Suara garau seorang lelaki kedengaran dari corong telefon sebaik sahaja panggilan disambungkan. Aku mula tersenyum bahagia.

 “hai, waalaikumussalam.. tengah tengok-tengok bintang je ni ha… cantik…” senyuman masih lagi tidak lekang di bibir aku. Gembira dapat mendengar suara yang dirindui.

 “tengok bintang? Ziq pulak tengah tengok bulan ni ha… tiba-tiba rasa macam rindu sangat kat baby… cantik sangat bulan malam ni kan… penuh dan berseri-seri… secantik buah hati Ziq yang sorang ni ha… berseri-seri sentiasa…” kata-kata yang dibisik Haziq dengan penuh syahdu untuk aku. Bertambah berbunga-bunga hati aku. Alangkah indahnya saat-saat ini.

Haziq, lelaki pertama yang mengajar aku erti sebuah cinta, kasih, sayang dan juga kerinduan. Dia merupakan rakan sekuliah sahabat baik aku, Azlena dan juga Suhani. Kami bersama-sama menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi tempatan. Berbezanya kami hanyalah jurusan yang diambil. Azlena, Suhani dan Haziq mengambil jurusan Sains Pertanian, manakala aku, dan Tengku Syahida mengambil jurusan Seni Kulinari.

“Baby…” suara garau itu mematikan lamunan aku.

 “Hello baby? Dah tidur ke? Tak lain tak bukan mesti berangan ni kan? Suka betul baby berangan ea?” Haziq galak mengenakan aku.

 “Tak ada lah… bukan berangan… Cuma….”

 “Cuma ape baby? “

 “Cuma… Ziqa rasa macam rindu sangat kat Ziq” aku meluahkan perasaan rindu yang bersarang di hati.

Sudah seminggu aku tidak bersua muka dengan Haziq, gara-gara kursus luar kampus yang dihadirinya. 

 “Ala baby ni, janganlah macam ni… esok kan Ziq da balik kolej, dapatlah kita jumpa macam biasa… sabar ea baby…”

 “Hurm, besok pukul berapa Ziq sampai?”

 “Ziq tak pasti lagi lah baby, kursus Ziq akan tamat pukul 12, nanti kalau Ziq dah sampai kolej, Ziq call baby, kita jumpa k…” Haziq tidak jemu-jemu memujuk aku.

 “Baiklah, Ziq janji tau, sampai je terus call Ziqa tau... Dah rindu sangat-sangat dah ni… Tau sayang tau… “ sengaja aku berkata-kata dengan manja, supaya dia tahu aku sangat merindui dia.

 “Ye baby, Ziq janji… Dah, baby pergi tidur dulu ea… Dah lewat malam dah ni… Ok baby? Sayang baby…”

 “Sayang sayang jugak… Assalamualaikun sayang…”

 “Waalaikumussalam… Tidur nanti mimpi Ziq tau baby…”

 “Ziq pun jangan lupa mimpi Ziqa jugak tau…”

 “Ok baby… rindu baby sangat-sangat… tunggu Ziq balik tau…”

 “Cepat-cepat balik tau sayang” Inilah masalah kami setiap kali ‘bergayut’. Payah betul nak berhenti. Ade je sambungan cerita kami. Akhirnya Haziq mematikan talian apabila seorang daripada rakannya meminta Haziq menemaninya ke kedai.

Sentuhan dibahu mengejutkan aku dari lamunan yang panjang.

 “Ziqa, kenapa termenung kat luar sorang-sorang ni? Tak elok tau duk berembun tengah-tengah malam ni… nanti demam pulak” Noraimah menasihati aku.

 “Holah Ziqa, dok molek tao… nanti badan mung masuk angin pulak… nanti kalo mung sakit, sape hok susahnyo? Kami jugak tau…” kini giliran Nik Nursyaf pula menasihati aku. Berbanding dengan Noraimah, Nik Nursyaf lebih kuat leterannya. Kadang-kadang mengalahkan mak nenek pulak apabila dia mula bersuara. Walaupun begitu, mereka lah yang selalu berada di sisi aku tanpa mengira susah atau senang.

“kau termenungkan apa ni Ziqa?” Noraimah cuba mengorek rahsia hati aku.

 “Tak de ape lah… saje je aku tengok-tengok bintang tu… cantik…” Disebalik kepekatan malam, aku dapat melihat riak muka Noraimah dan Nik Nursyaf yang seakan tidak berpuas hati dengan jawapan aku.

 “Mung toksah duk bohong aku lah Ziqa oii… Kawe kenal sangat doh mung ni… Mung duk termenung teringatkan Haziq kei? Kawe pahe benar doh mung ni… Doh la wei, sudoh-sudoh la ingat kat dia tu, wat bazir maso mu jah. Rugi…” Nik Nursyaf selaku penceramah bebas yang menggunakan dialek negeri kelahirannya.

 “Mane ade la… pandai-pandai aje ko ni kan Sya… Dah la, aku lapar la… Nak pegi buat megi, ade sape-sape yang nak? Kali ni, Chef Haziqah bermurah hati nak masak” aku menawarkan khidmat memasak megi kepada mereka.

 “Aku nak megi tomyam tau Ziqa, macam bese…” Noraimah mula memberi ordernya.

 “Holah, hok tu jah mung pandai watnyo… megi,megi, megi… Bose sungguh kawe… ngaji bab makane tinggi-tinggi, tapi hari-hari duk make megi jah… bazir lok mung ni Ziqa…” Nik Nursyaf masih lagi belum berhenti membebel.

 “oii makcik, jangan duk kecek banyak sangatlah, nak ke tak ni? Tak nak sudah… aku buat untuk Nor aje… Bukannya aku tak pandai nak masak makanan lain, tapi malaslah makcik.” aku membalas kata-kata Nik Nursyaf.

 “eh, kawe dok oyak pon kawe tok sei… nok la… megi tom yam jugok deh… nak pedas-pedas gitu deh…”

 “amboi-amboi… sedapnye order… satu mangkuk aku kira murah je, harga membe, 5 ringgit je la yer…” aku mula mengenakan mereka.

 “oloh mung ni Ziqa, dok ikhlas langsung. Tu pon nok berkira ke?”

 “a’ah, tak sudah-sudah dengan 5 ringgit dia tu kan Sya.” Noraimah membela Nik Nursyaf.

 “sayang-sayang ku sekalian, nothings free in the world lah… tau… duit tetap duit… aku masak megi pon perlukan tenaga tau…” sebelum kata-kataku sempat dibalas oleh Nik Nursyaf dan Noraimah, aku bergegas meninggalkan mereka masuk ke ruang dapur. Entah apa yang mereka bebelkan aku tidak pula pasti. Aku melangkah masuk dengan senyuman. Terhibur dengan tingkah laku mereka.




 >>> sila komen untuk menjadikannya lebih menarik... kalau ada sebarang cadangan, pun boleh gitao yer~