Wednesday, May 30, 2012

keOBSESan buxiey. :)

bagi sape-sape yang kenal buxiey... kalian mesti tao ape kegilaan buxiey. bagi yang xtao, meh sini buxiey gtao. buxiey sebenarnya sangat sangat sangat menggilai POLIS. daripada sekolah rendah lagi buxiey dah bercita-cita nak jadi polis. masa tu mungkin terpengaruh dengan drama Gerak Khas kot. makin lama, kegilaan buxiey makin menjadi-jadi. kalau buxiey jumpe je abang abang atau kakak kakak atau uncle uncle atau aunty aunty polis, buxiey mesti rase xcited yang teramat. kadang-kadang sampai boleh terlompat-lompat kat situ jugak. nampak je semua bnda yang berkaitan polis, sama ada uniform dye, motor dye, kereta dye, even juz nmpak lambang je pon, buxiey otometik akan tersengih sampai ke telinga. buxiey rase macam bahagia yang teramat sangat. seolah-olah dunia ni buxiey yang punye. hehe.

pernah sekali, masa form5, masa tu cuti sekolah. jadi sekolah buxiey djadikan tempat mereka-mereka yang bergelar polis ni untuk amek exam. nak djadikan cerita, masa tu walaupun cuti, buxiey ngan kawan-kawan pergi la sekolah. kononnya nak buat study group. maklum lah, spm dah dekat. sekali bile tgk, mak aih. ramai gile polis. terus buxiey duduk tepi koridor, ngintai dorang. semartnye! keesokan harinya buxiey dtg lagi sekolah. semata-mata nak skodeng mereka-mereka ni. buxiey rasa macam heaven giler kot. dkelilingi mereka yang memakai unifrom polis. ada sekali tu. tyme dorang rehat, buxiey nmpak ade yang tggalkan uniform n sangkut kat krusi. buxiey cepat-cepat ajak kawan pegi sana. seronok sangat dapat pegang n belek2 uniform tu. tyap2 kali lpas dorang sume exam. buxiey akan pergi masuk kelas tersebut, dan skodeng bawah meja. naseb buxiey baek. buxiey terjumpe kertas soalan dorang. haha. ape lagi, buxiey bawak balik la. bersungguh sungguh buxiey baca. huhu. esoknya, buxiey pegi hantar kertas tu. dapat la borak- borak kejap ngan uncle uh. buxiey pon ade amek jugak gambar ngan abang-abang n akak akak polis. tapi sayang, masa tu pkai fon kawan. jadi buxiey x sempat amek, gmbar tu dah xde. sedih. :( buxiey ingat lagi masa nak amek gambar tu. ade sorang abang polis dye nasihatkan buxiey supaya belajar rajin-rajin, nanti boleh jadi polis. pasal ketinggian jangan risau, ade masa lagi nk tggi. tapi sekarang dah terbukti. buxiey x cukup tinggi nak jadi polis. sobsob. hancur luluh perasaan. buxiey kena reject mentah mentah. :(

sepupu buxiey pernah offer buxiey jadi kerani PDRM, tapi dye nak klulusan sekurang-kurangnya diploma. buxiey pulak masa tu, baru habes matrix. so, xdapat lah. sedih lagi. :(

tapi sekarang, buxiey sedikit hepi. :). sebab? buxiey akernya dapat kawan ngan polis. buxiey rase seronok dapat kawan ngan dorang. nama dorang? ANEEP n MUZ! hehe. thanx weyh korang sebab sudi kawan ngan buxiey. bile tgk korang pakai uniform, buxiey rase macam nk mlompat-lompat. xcited yang teramat sangat. macam budak-budak dapat gule2. dan. masa tu baru buxiey sedar, rupe rupenya polis pon manusia biase. ade perasaan segala bagai. buxiey ingtkan polis ni mcm iron man. hehe. n, smpai sekarang kadang kadang buxiey x percaya yang buxiey kawan ngan dorang, n dorang tu polis. pastu nanti buxiey tgk balik gmbar dorang beruniform, pastu tersengeh sengeh balik. haha. buxiey teringin nak jadi dorang satu hari. pakai uniform, n buat kerja kerja polis. mesti seronok kan. huhu. sayang korang la weyh. :)

*buxiey nak letak gambar dorang pakai uniform, tapi takot dorang marah la pulak. dorang garang n skema. sekian. :)

Friday, May 4, 2012

sekadar luahan sekeping hati...


kepada dye yang bernama seorang insan,
apa khabar agaknya kamu di sana?
sihatkah kamu? dah makankah? 
sy gembira apabila mlihat awak gmbira
snyuman pada wajah awk, mbuatkan seolah2 dunia saya berseri
walopun mungkin penyebab awk tsenyum, bukanlah saya
dan senyuman awk bukanlah untuk saya, tapi saya gembira
hakikatnya, mmg terluka tatkala sy mnatap gmbar awk
tersenyum bahgia dsisi prempuan lain
dsaat itu, mungkin sy sdang mnangis kerana rindukan awak, kerana ingatkan awak
tapi, stelah melihat snyuman awk, sy redha dengan apa yg blaku
jika awk dsisi saya, blom tntu awk akn tsenyum sbhagia itu
sy dah relakan semua ni blaku
sy terima seadanya
apa yang sy harapkan
biarlah snyuman itu selalu mekar dwajah awak
kerana awk berhak untuk bahagia
janganlah awk rase ape yg pnh sy rase skrg ini
kerana sesungguhnya rasa itu sangat mnyakitkan
dan kepada prmpuan trsebut
tahniah krana anda bjaya mnawan hati si dia
jagalh hatinya sebaik yang mungkin
sayangilah dia spenuh hati
jangan pernah awk lukakan hati dye
sayangilah dye mlebihi syg sy kpadanya


Saturday, April 28, 2012

* C.L.E.A.N *

baiklah... entry kali ni, buxiey nak sentuh sikit pasal negara kita... MALAYSIA... buxiey rasa, makin lama, negara kita ni makin dah x aman... sana sini duk buat demonstrasi... hari tu bising-bising pasal isu PTPTN... nak dimansuhkan segala bagai... sekarang isu CLEAN pulak...

bertarikh 280412, satu himpunan clean and clear ni diadakan... di internet, berlambak-lambak cerita pasal himpunan ni... yang memalukan, kenapa bangsa kita, MELAYU terikut sama??? apa dah jadi sebenarnya??? bila cakap melayu mudah lupa, sume nak marah-marah, bising-bising... tapi tu la hakikatnya sekarang ni... kenapa nak ikut sangat telunjuk bangsa lain??? kononnya nak bersihkan negara la segala bagai... korang xsedar ke yang korang tu hanya diperalatkan??? dalam negara kita, majoriti bangsa melayu, jadi kepada semua parti politik, sokongan bangsa melayu ni, tersangatlah penting... korang mampu membuatkan pihak-pihak tertentu memimpin negara kita... 

buxiey bercakap bukan atas dasar menyebelahi mana-mana pihak.... buxiey cuma sokong mana yang buxiey nampak betol di mata buxiey... kalau dah bangsa melayu sendiri berpecah dan bermusuhan, macam mana negara kita nak aman... bangsa melayu, yakni bangsa buxiey sendiri, bersatu dengan bangsa bukan melayu, sekadar untuk menjatuhkan pemimpin melayu... kenapa boleh jadi macam ni??? korang nak ke satu hari nanti, negara kita diperintahkan oleh bangsa asing??? korang x pernah ke terpikir betapa payahnya nenek moyang kita mempertahankan negara kita masa tu... macam mana mereka berperang??? kenapa korang jadi buta hati sampai x nampak jasa mereka dulu yang bermandian darah mempertahankan negara kita??? ini bukan perkauman, tapi sedarlah wahai bangsa asing, korang hanya menumpang disini... yang sebenarnya korang x layak untuk menuntut apa-apa pun... sedarlah dan bersyukurlah dengan apa yang diberi... negara buxiey, MALAYSIA adalah sepenuhnya hak bangsa MELAYU... 

kepada bangsa buxiey, tolonglah bangun, bersatu padulah untuk mempertahankan negara kita, jangan biarkan bangsa asing memperbodohkan diri kita... jangan diulangi sejarah lama... menitis air mata buxiey tyme tgk video2 yang di upload... sampai macam tu sekali rakyat malaysia... lansung x berperikemanusiaan... sepak terajang dah jadi mainan... seolah-olah benda yang disepak itu adalah sebiji bola... ianya xsalah untuk menyuarakan pendapat, tapi biarlah dengan cara yang betul... bukan dengan cara ini... lebih banyak buruk daripada baik, lebih banyak negatif daripada positif... kalau rasa kerajaan sekarang salah, x betul, apa kata korang belajar tinggi2, kemudian korang jadi pemimpin, korang betulkan apa yang korang rasa salah tu... dengan cara 'demonstrasi aman' ni, korang x dapat pape pon... dan apa kata, sebelum korang bermati-matian menyokong bersih, korang selidik dulu, apa yang dituntut oleh CLEAN ni...

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

ni ke yang kite duk sibuk-sibuk tuntut??? ini ke??? tolong berpijak di bumi yang nyata... bangun sebelum anda jatuh...kembalilah ke alam realiti... jangan membuta tuli ikut apa yang dikhabarkan... selidik sebelum buat sesuatu keputusan...

 Nabi berpesan : "jika sesuatu khabar itu sampai padamu, maka selidiklah terlebih dahulu..boleh jadi ia fitnah kepada itu."...


dan andai kata, suatu hari nanti, jatuhlah pemimpin melayu... bangkitlah pemimpin bukan melayu... dimana kah lagi harus kita bersandar??? apakah nasib raja-raja melayu??? apakah nasib sebuah negara Islam??? dan apakah nasib kita bangsa MELAYU??? mahukah kita dipimpin oleh pemimpin bukan Islam, sedangkan kita mempunyai ramai pemimpin Islam yang layak... semuanya adalah kerana kita... mampukah kita mendapatkan semula milik kita pada waktu itu... andai kata itu yang berlaku, menyesal lah kalian dengan apa yang telah kalian lakukan... 

pesanan buxiey, jangan sampai suatu hari nanti bumi dipijak milik orang, jangan sampai seluruh harta benda tergadai, jangan sampai bangsa melayu merintih di bumi sendiri... hayati lirik ini sedalam-dalamnya~

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Saturday, February 25, 2012

bErkELUArgA AngkAt...

Bermula tarikh 15, 16 dan 17 Feb, buxiey telah pon mengjoinkan diri dalam program anak angkat, anjuran bebudak banking... Jadi, selama waktu itu, buxiey dan bebudak kelas berkampung di Kampung Nelayan, Kuala Kemaman... Ni 1st program anak angkat yg buxiey join, jadi agak nebes dan takot di situ... Risau gak buxiey, dapat keluarga yang x ok... atau ape2 je la yang x brape nak ok... meh intai-intai ape yang terjadi sepanjang program tuh... 


mula- mula, buxiey dan bebudak kelas berkumpul kat cafe sa-din... sempat la jugak tembak-tembak gambar sikit...











selepas penat-penat tuggu bas yang datang 2 jam selepas tu, buxiey dan bebudak kelas pon bertolak lah... akibat keletihan menuggu bas yang begitu lama, moh kite jenguk ape yang terjadi lepas tu...




wajah-wajah comel mereka...







naseb baek comel je mereka-mereka ni tido... xde yang ternganga-nganga mulut... bila dah sampai sana, buxiey dan bebudak kelas join Dato' Muhammad Awang Tera, pegi pusing-pusing kampung, sambil ziarah orang yang kurang upaya...















hari kedua??? gotong royong le pulak....








lepas kampung dah bersih, ape lagi... ronda-ronda naik bot le pulak...

















petangnya... kite berpeluh la pulak... sukaneka tyme... ada lontaran kasih... isi air dalam botol... kerusi berlagu, atau bahasa kampungnya music chair... apa lagi??? ada jugak ptandingan tarik tali, futsal dan, ratu cantik!!! buxiey??? sudah semestinya peserta ptandingan lontaran kasih... dan sememangnya membanggakan, buxiey dan partner, sabariah juara lontaran kasih... umphhh gitu... tapi, ade jugak yang x syoknya, bagi ptandingan music chair, penjurian yang dilakukan x adil... geram betol... juri maen tipu... grrrr...
















malamnya, masa untuk menguji vokal... ape lagi... karaoke time lah... tapi buxiey balik awal, sebabnya??? bosan!!! 

dan keesokan paginya, buxiey join perarakan MAULIDUR RASUL daerah Kemaman, yang bermula di Padang Astaka, Kemaman... (terimbau pulak kenangan masa tahun 2008, masa tu buxiey form 5, sempena perarakan Hari Kemerdekaan... buxiey duk depan tao, bawak sepanduk... hehehe...) Sempat la jugak kami berposing-posing sebentar...







































program pon dah smpai la ke pnghujungnya.....










dan ini pula gambar pasangan paling hot bm111...





yang ni.... time buxiey la plak berpicture...













sampai di sini shaja la yer... adios amigos...~